rss
email
twitter
facebook

assalamualaikum..

ceriakan harimu bersama nukilanku..

Khamis, 22 April 2010

Ayyuhal Walad(Wahai Anakku Yg Tercinta) Siri 5

Wasiat kelima
Ikhlaskan Niatmu

Berkata Imam Al-Ghazali r.a..
Wahai anakku yg tercinta;
Berapa banyakkah drpd malam2 yg telah engkau penuhkan dgn berjaga untuk mengulangkaji dan mentalaah kitab,dan berapa lama engkau telah menahan tidur ke atas dirimu.Saya tidak pasti apakah niat yg mendorong engklau berbuat demikian,adakah hanya mencari keuntungan dunia,mengumoulkan segala harta dunia dan mencapai kedudukan yg tinggi serta berbangga dgn kebolehanmu di hadapan kawan-kawan.Sekiranya ini niatmu maka kamu akan rugi yg tidak terkira.
Tetapi jika niatmu pada usaha itumu itu untuk menghidupkan syariat Nabi Muhammad s.a.w dan memperbaiki akhlakmu,serta melawan keinginan nafsumu yg selalu menyuruh untuk melakukan kejahatan,maka beruntunglah kamu seribu untung.Sungguh benar seorang ahli syair yg mengalunkan syair yg berbunyi:

سَهْرُ الْعُيُوْنِ ِلغَيْرِ وَجْهِكَ ضَائِعٌ
وَبُكَاؤُهُنَّ لِغَيْرِ فَقْدِكَ بَاطِلُ
Ertinya:
"Berjaga malam jika bukan kerana zatMu adalah sia-sia dan menangis kalau bukan kerana kehilanganMu adalah tidakberguna."
Wasiat keenam
Hakikat Hidup,Cinta Dan Amal

Berkata Imam Al-Ghazali r.a..
Wahai anakku yg tercinta;

عِشْ مَا شِئْتَ فَاِنَّكَ مَيِّتٌ ، وَاَحْبِبْ مَا شِئْتَ فَاِنَّكَ مُفَارِقُةُ ، وَاعْمَلْ مَا شِئْتَ فَاِنَّكَ مَجْزِيٌّ بِهِ

Hiduplah kamu sesuka hatimu kerana pasti akan mati dan cintailah apa yg engkau kehendaki
kerana kamu pasti akan berpisah dgnnya dan buatlah apa yg kamu kehendaki kerana kamu akan dibalas mengikut amal pekerjaanmu.

Wasiat ketujuh
Dahulukan Belajar Ilmu Yg Fardhu Ain

Berkata Al-Ghazali r.a..
Wahai anakku yg tercinta;
Apakah hasil yg kamu perolehi drpd menghabiskan masa hanya dgn belajar ilmu al Kalam(perbahasan ilmu Tauhid yg dalam-dalam) dan ilmu al Khilaf(perbahasan ilmu Fekah yg halus-halus) dan ilmu Thib(ilmu kedoktoran) dan ilmu ad Dawawin Wal Syi'r(ilmu yg berkenaan dgn dewan syair Arab) dan ilmu An Nujum(ilmu peredaran bintang) dan A'rudh(ilmu berkenaan dgn timbangan syair Arab) dan ilmu an Nahu Wa Tasrif(ilmu yg berkenaan dgn behasa Arab)
selain drpd mempersia-siakan umur dgn menyalahi perintah Allah yg Maha Besar.

Sesungguhnya aku telah melihat di dalam Injil Nabi Isa a.s ada menyebutkan:
Mulai seorang mayat diletakkan di atas keranda sampai mayat itu diletakkan di tepi kuburnya,Allah Taala telah bertanya kepadanya 40 persoalan,pertamanya ialah:
"Wahai hambaKu! Kenapa kamu sentiasa sepanjang tahun memperhatikan kebersihan tempat pandangan manusia kepadamu (iaitu anggota tubuhmu) tetapi kamu tidak peduli kepada tempat pandanganKu (hatimu) walaupun hanya sesaat"

Dan setiap hari Allah Taala memandang ke dalam hatimu lalu Allah berfirman:
"Kenapa kamu hanya memberikan perhatian kepada selain daripadaKu,sedangkan kamu dikelilingi dgn ehsanKu.Apakah kamu sebenarnya tuli, dan tidak dpt mendengar lagi."

To be continued...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan