rss
email
twitter
facebook

assalamualaikum..

ceriakan harimu bersama nukilanku..

Ahad, 25 April 2010

Hati Ini Berlagu Riang....

"mang,wt nape tuh senyum sorg2 tuh...??"
"haish mg ni wang,potng line sungguh..dop buleh nok tgk aku sdg bergumbira.."

Ya,hati ini sdg mengalunkan irama indah..tidak aku nafikan..da tidak mampu untuk aku menidakkan..senyuman kembali ceria..terkadang aku terlena bersama senyuman itu..bermimpi juga bertemankan senyuman yg sama..sudah lama perasaan ini tidak bertandang ke lubuk kalbu..

ke lubuk hati yg sebelum ini terasa kosong..terasa bermulanya episod baru dalam hidup ini..

Kenapa ya aku sebegini rupa??

Kerana si DIA!!

Siapakah dia itu..??terpulang kepada diri masing2 untuk mengandaikannya..

kerana dirinya terlalu berharga......


ku bermohon..semoga lembaran baru ini dikhatamkan dgn babak yg kuimpikan..

Amiiin...

"Bittuafiq wannajah ye..."

Khamis, 22 April 2010

Ayyuhal Walad(Wahai Anakku Yg Tercinta) Siri 5

Wasiat kelima
Ikhlaskan Niatmu

Berkata Imam Al-Ghazali r.a..
Wahai anakku yg tercinta;
Berapa banyakkah drpd malam2 yg telah engkau penuhkan dgn berjaga untuk mengulangkaji dan mentalaah kitab,dan berapa lama engkau telah menahan tidur ke atas dirimu.Saya tidak pasti apakah niat yg mendorong engklau berbuat demikian,adakah hanya mencari keuntungan dunia,mengumoulkan segala harta dunia dan mencapai kedudukan yg tinggi serta berbangga dgn kebolehanmu di hadapan kawan-kawan.Sekiranya ini niatmu maka kamu akan rugi yg tidak terkira.
Tetapi jika niatmu pada usaha itumu itu untuk menghidupkan syariat Nabi Muhammad s.a.w dan memperbaiki akhlakmu,serta melawan keinginan nafsumu yg selalu menyuruh untuk melakukan kejahatan,maka beruntunglah kamu seribu untung.Sungguh benar seorang ahli syair yg mengalunkan syair yg berbunyi:

سَهْرُ الْعُيُوْنِ ِلغَيْرِ وَجْهِكَ ضَائِعٌ
وَبُكَاؤُهُنَّ لِغَيْرِ فَقْدِكَ بَاطِلُ
Ertinya:
"Berjaga malam jika bukan kerana zatMu adalah sia-sia dan menangis kalau bukan kerana kehilanganMu adalah tidakberguna."
Wasiat keenam
Hakikat Hidup,Cinta Dan Amal

Berkata Imam Al-Ghazali r.a..
Wahai anakku yg tercinta;

عِشْ مَا شِئْتَ فَاِنَّكَ مَيِّتٌ ، وَاَحْبِبْ مَا شِئْتَ فَاِنَّكَ مُفَارِقُةُ ، وَاعْمَلْ مَا شِئْتَ فَاِنَّكَ مَجْزِيٌّ بِهِ

Hiduplah kamu sesuka hatimu kerana pasti akan mati dan cintailah apa yg engkau kehendaki
kerana kamu pasti akan berpisah dgnnya dan buatlah apa yg kamu kehendaki kerana kamu akan dibalas mengikut amal pekerjaanmu.

Wasiat ketujuh
Dahulukan Belajar Ilmu Yg Fardhu Ain

Berkata Al-Ghazali r.a..
Wahai anakku yg tercinta;
Apakah hasil yg kamu perolehi drpd menghabiskan masa hanya dgn belajar ilmu al Kalam(perbahasan ilmu Tauhid yg dalam-dalam) dan ilmu al Khilaf(perbahasan ilmu Fekah yg halus-halus) dan ilmu Thib(ilmu kedoktoran) dan ilmu ad Dawawin Wal Syi'r(ilmu yg berkenaan dgn dewan syair Arab) dan ilmu An Nujum(ilmu peredaran bintang) dan A'rudh(ilmu berkenaan dgn timbangan syair Arab) dan ilmu an Nahu Wa Tasrif(ilmu yg berkenaan dgn behasa Arab)
selain drpd mempersia-siakan umur dgn menyalahi perintah Allah yg Maha Besar.

Sesungguhnya aku telah melihat di dalam Injil Nabi Isa a.s ada menyebutkan:
Mulai seorang mayat diletakkan di atas keranda sampai mayat itu diletakkan di tepi kuburnya,Allah Taala telah bertanya kepadanya 40 persoalan,pertamanya ialah:
"Wahai hambaKu! Kenapa kamu sentiasa sepanjang tahun memperhatikan kebersihan tempat pandangan manusia kepadamu (iaitu anggota tubuhmu) tetapi kamu tidak peduli kepada tempat pandanganKu (hatimu) walaupun hanya sesaat"

Dan setiap hari Allah Taala memandang ke dalam hatimu lalu Allah berfirman:
"Kenapa kamu hanya memberikan perhatian kepada selain daripadaKu,sedangkan kamu dikelilingi dgn ehsanKu.Apakah kamu sebenarnya tuli, dan tidak dpt mendengar lagi."

To be continued...

Isnin, 19 April 2010

Ayyuhal Walad(wahai anakku yg tercinta) siri 4

Wasiat keempat:
Kadar Balasan Mengikut Kadar Amalan

Berkata imam Al-Ghazali r.a..
Wahai anakku yg tercinta:
Selama mana kamu tidak beramal maka selama itulah kamu tidak memperoleh pahala.
Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki dr kalangan Bani Israil yg telah beribadat selama 70 tahun,lalu Allah Taala mahu menunjukkan keadaannya ini kpd para malaikat,maka Allah mengutuskan kpdnya seorang malaikat yg memberitahu bahawa:Walaupun dia telah beramal ibadat selama 70 tahun namun dia masih belum layak untuk masuk ke dalam syurga.


Apabila malaikat ini selesai memberitahu perkara tersebut lalau dia berkata:Itu bukan urusanku.Saya diciptakan untuk beribadat kepada Allah.Maka itulah kerja yg mesti saya lakukan.Apabila malaikat itu kembali kpd Allah lalu dia berkata: Wahai Tuhanku sesungguhnya engkau Maha Mengetahui apa yg diucapkannya.Lalu Allah Taala berfirman: "Apabila hambaKu tidak berpaling drpd beribadat kpdKu,maka Aku membalasnya dgn kemurahanKu,Aku juga tidak akan berpaling drpdnya.Wahai para malaikatKu bersaksikanlah kamu semua bahawa Aku telah mengampuni segala dosanya.

Dan telah bersabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:
"Hisaplah dirimu sblm kamu dihisab,dan pertimbangkanlah amalanmu sebelum kamu ditimbang."

Dan berkata saidina Ali k.w yg bermaksud:
"Siapa yg menyangka bahawa tanpa usaha dia akan masuk ke dalam syurga maka orang itu hanya berangan-angan sahaja dan siapa yg menyangka bahawa hanya dgn usaha sahaja dia akan masuk ke dalam syurga maka orang itu telah merasa kaya drpd rahmat Allah."

Dan berkata Imam Hasan Al-Basri r.a:
Mencari syurga tanpa amalan adalah satu dosa drpd segala dosa.
Dan beliau berkata lagi:
Tanda faham hakikat ilmu itu ialah meninggalkan memperhatikan pahala suatu amalan,bukan meninggalkan amalan.

Dan Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
"Orang yg bijak itu ialah orang yg sentiasa menghitung dirinya dan beramal untuk kehidupan sesudah kematiannya.Dan orang yg bodoh ialah orang yg selalu memperturutkan kehendak nafsunya dan hanya banyak berangan-angan untuk mendapat kemurahan Allah Taala."

to be continued...

Sabtu, 17 April 2010

Mesir Minggu Ini(MMI)

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bg Allah..Pemilik segala makhluk..Selawat dan salam ke atas sesempurna makhluk..Nabi Muhammad s.a.w..penyeri seluruh alam maya..beserta kpd Ahli Bait Baginda tercinta dan kepada para sahabat yg menjadi mata rantai perjuangan Islam..
Seminggu dah tangan ana ni tak mengatal untuk menari dgn rancaknya di atas 'keyboard' yg srba hitam ini..macam-macam yg berlaku dalam minggu yg bermakna ini..Bermula dgn menghadiri Muktamar Sanawi PMRAM yg ke-77 sbg pemerhati..Tahniah kpd PMRAM kerana berjaya menganjurkan satu mesyuarat yg ana anggap membawa pemikiran mahasiswa ke arah yg lebih terkehadapan..semoga apa yg ingin dibawa oleh PMRAM dapat direalisasikan oleh seluruh ahli...
KITA PMRAM!!!
Minggu ini diteruskan dgn agenda yg lebih seronok iaitu ana kembali dipinjamkan oleh Allah kekuatan untuk menghadiri kelas tafaqquh setiap pagi bersama Syeikhuna Al-muhaddis Dr Yusri Sayyid Al-Jabr Al-Hasani Hafizahullah..kelas pembacaan kitab hadis sunan Abi Daud..Ana cukup mengagumi keperibadian syeikh..walaupun seorang doktor tetapi cukup faqih dalam bidang agama..kelas ini ana 'tergendalakan' sendiri kerana ketiadaan kenderaan dan kerana penyakit M#$^S..heee...

Cuma minggu ini..berlaku ketidaklaratan tubuh akibat kepatahan cermin mata kesayangan angakara 'kenakalan' kaki sendiri menyebabkan kepala terasa berat dan seluruh anggota badan seakan 'lumpuh'..semoga sakit ini merupakan 'bunga kasih' drpd Sang Pencipta agar kita lebih menginsafi kelemahan diri..
Dan..
Aktiviti terakhir..ana kembali berusaha membantu sahabat2 untuk mengubati penyakit mengikut sunnah Baginda s.a.w..iaitu berbekam..ana bukannya pakar cuma diberi sedikit pengetahuan oleh Allah..dan ana cuba membantu sahabat2 sedaya yg mampu..dan kepada yg ana tidak mampu atau tidak berkesempatan..mohon maaf banyak2..terutamanya kepada Dr Anas..maaf byak2 yee..
Sabda Baginda "Sesungguhnya pengubatan itu ada pada 3 perkara.Madu,berbekam dan Al-Kayy.Dan aku melarang umatku berubat dgn Al-Kayy"

Juga kepada sahabat ana dr kedah..Dr Nasir..syafakalla..semoga kemalangan jalan raya yg menimpa terselindung beribu hikmah yg tidak terhingga..jangan lupa makan ubat..
"setiap drpd penyakit itu ada ubatnya"



Sekian,Wassalam..

Isnin, 12 April 2010

Alahai Akhowat....

MESIR 12 April - Beberapa minggu lepas, satu kejadian menyayat hati telah berlaku di kaherah mesir. Kejadian tersebut yang melibatkan pelajar perempuan malaysia, dikhabarkan merupakan salah seorang pelajar baru. Pelajar perempuan ini seperti hari-hari biasa selama berada dimesir, menghadiri kelas untuk menadah ilmu. Kebiasaannya akhwat ini ke kelas dengan ditemani rakannya. Sudah suratan Ilahi, pada hari kejadian, beliau entah bagaimana keluar seawal pagi seperti biase tanpa berteman, kawannya telah menawarkan diri untuk menemaninya keluar ke kelas, akan tetapi pagi itu, entah mengapa dia keluar berseorangan, mungkin kerana tidak mahu menyusahkan rakannya. Dia sendiri sebenarnya tidak biasa keluar berseorangan.

Sudah takdir, hari itu dia keluar ke kelas berseorangan, tujuan mulianya untuk menadah ilmu, berhadapan dengan ujian pahit, yang sukar ditelan oleh mana-mana wanita. ketika hendak ke kelas, dia menaiki tremco seperti biasa. Saat menaiki tremco, didalam tremco tersebut penuh dengan penumpang, mejoritinya lelaki (arab). Setibanya tremco tersebut, di satu kawasan mahattah, kesemua penumpang turun. Ini membuatkan pelajar wanita ini berasa tidak selamat. Takutkan apa-apa terjadi, kerana semua penumpang telah turun, dia juga bercadang untuk turun dari tremco tersebut bersama-sama dengan penumpang lain.

Kejadian trajis ini berlaku didalam tramco berkenaan. Saat akhwat ini ingin turun dari tremco tersebut, beserta dengan penumpang lain, dia di tahan dari turun oleh kondaktor tremco terbabit. Bila semua penumpang telah turun, pemandu memecut kenderaanya dan dalam masa sama kondaktor menahan pelajar wanita ini tadi dari keluar. Didalam tremco terbabit hanya tinggal penjahat manusia berwajah syaitan ( pemandu dan kondaktor ) serta mangsa akhwat itu tadi (moga dia dirahmati Allah dan diberi penuh kesabaran dari yang esa).

Saat itu, akhawat ini sedang cuba dicabul oleh pemuka-pemuka syaitan itu tadi. Kondaktor menjalankan kerja jahatnya dengan cuba mencabul kehormatan akhawat tersebut disamping pemandu (rakan kondaktor) meneruskan pemanduannya sambil cover line serta melalui jalan-jalan belok yang tidak ramai orang (untuk mengelak dari dikesan orang ramai akan kerja jahat mereka). Akhawat ini cuba mempertahankan diri dengan cuba menelpone rakannya, tetapi digagalkan oleh kondaktor pemuka syaitan tersebut, hanponenya direntap, dan simkadnya diambil dan dipatahkan oleh kondaktor tadi.

Dia bergelut dengan pemangsa, tetapi apalah kudrat seorang wanita. Dia dicabul dengan tidak berperikemanusiaan oleh pemuka syaitan tadi, Allah masih menjaga akhawat tersebut, kerana dia tidak sempat diperkosa. Tetapi keadaannya ketika itu tetapi menyayat hati. Bajunya disentap hingga koyak, diraba teruk, dalam masa sama, akhawat ini cuba mempertahankan dirinya.

bagaimana akhwat ini dapat selamatkan diri, wallahua'lam. dia tidak menceritakan kejadian pada sesiapa, melainkan pada kawan rapatnya. Ada orang nampak bajunya tercarik-carik, koyak akibat direntap, rambut dah agak terkeluar, macam dah tak terurus.,kerana perbuatan manusia berupa syaitan itu tadi. Akhawat ini dalam keadaan fobia dan troma. Mereka yang terima maklumat tidak bertindak cepat menceritakan kejadian pada pihak sepatutnya mengakibatkan tindakan yang perlu diambil menjadi lewat dan sukar untuk menyelesaikan kes. Hanya setelah seminggu kejadian tersebut berlaku, baru maklumat ini diterima oleh rakannya (mungkin disebabkan mangsa troma)

kasihan pada akhwat ini, moga allah beri kesabaran kepadanya, tentu ada hikmah disebalik kejadian, mungkin janji syurga Allah buat beliau dengan ujian yang diterimanya, kerana Allah itu maha pengasih dan penyayang, cuma Allah menguji kita dengan tahap yang termampu oleh kita sebagai hambanya.

Kejadian seperti ini buat pengajaran kepada yang suka tempah bencana. kalau dah memang kita menjaga tetap juga terkena, tidak pengapalah, kita telah berusaha, ia takdir. Tapi bila bencana itu dicari sendiri, itu namanya sengaja menempah bala. Kepada para mahasiswi di ingatkan agar lebih berhati-hati dijalanan. Ingat jangan mengambil mudah dengan menyebut: " Ye ke kes macam ni ada terjadi dimesir? i tak pernah pun you! You ni saje je nak kecutkan i kan.. tolonglah, janganla nak sempitkan otak, i tak percaya benda macam ni berlaku kat mesir.."

Bagi mereka yang berfikiran seperti diatas. WASPADALAH! telanjur perbuatan tidak terkena tidak mengapa, tetapi TELANJUR terkena musibah adakah boleh berundur? Adakah bila terkena musibah seperti dicabul baru ingin beringat. fikir-fikirkan.

Sumber INFOKINI dan AMINMENULIS

Komen ibnusabri: Wallahu'alam sama ada story ni btui ke x..kalau betul semoga yg menjadi mangsa bersabar dan tabah menghadapi dugaan hidup..kalau salah..jadikan cerita ni sbg pedoman..buang yg KOTOR ambik yg BERSIH..
Tapi..tulah realiti sekarang..dan mengikut cerita org2 lama di Mesir ni..kejadian yg sekutu dgn kejadian ni dah byk berlaku..yg peliknya..kenapa kadang2 masih ramai yg tidak mengambil iktibar..sy tidak berckap kosong..dan memang berlaku..dihadapan mata..ada akhowat yg berani berjalan tanpa teman walaupon diwaktu siang..seolah2 negara ni negara adik dia yg punya..kami yg ikhwah ni pon kdg2 x kondifent bile jumpe gn arab..nikan Akhowat..bukan mahu merendahkan martabat tetapi itulah hakikat yg perlu dikunyah dan ditelan..memang Alhamdulillah akhowat kita dikurniakan dgn kelembutan dan keayuan tapi terkadangkala kelembutan itu memakan diri..dan ana pernah mendengar cerita org lama..ada akhowat yg marah apabila dikenakan peraturan menggunakan musyrif..dgn alasan menjaga tepi kain mereka..haiya..nk jwb ke kenyataan sebegini..??xpyh kot..kang menimbulkan kontroversi..

DAN..

Sedikit pesanan untuk kaum sejenis..
ringan2kanlah kaki anda untuk membantu akhowat kita..jgn kerana ketidakmahuan kita..ada yg menjadi mangsa..kelak kita yg bising akhowat itu dan ini..sedangkan kita berat menghulurkan bantuan..kalau bukan kita sapa lagi??kalau bukan sekarang bile lagi??(ayat pengetua ku)

Kat sini ada beberapa tips untuk akhowat..

  1. sebelum kuar umah..bcela bismillah dlu..jgn sbuk dgn mekap je..heee..
  2. berlatih menjerit,menyepak dan menyepak org(org ye bkn bantal spy nnti sepak org x mcm sepak bantal)
  3. ketika menghadapi kesusahan..jgn lupa gunakan suara dalaman anda untuk menjerit dan meminta tolong..jgn hanya pandai mengeluarkan air mata..kerana air mata ketika itu tidak mampu merubah apa2..
  4. kalau naik teksi atau tremco 2 jgnla pandai2 nk duk kt depan..biar tergadai skit duit..jgn maruah pling berharga melayang di tgn pak arab..
  5. dan last sekali..pakaila musyrif kalau nk berjalan jauh atau pada waktu mlm..dan pastikan yg mempunyai tauliah..heeee
Bg yg berminat untuk mengamalkannya dipersilakan..bg yg x sudi tidak mengapa..berhati2lah ketika berada di negara org..

Renung2kan dan selamat beramal...!!Anda mampu mengubahnya...

Sabtu, 10 April 2010

Ya Rasulullah..Ampuni daku...

Celake btulla!!haa dua kali dah aku posting gune perkataan tu..sory bg yg tak boleh menerima..tapi hati ni x tertahan melihat insan paling dikasihi..paling disayangi dihina!dicerca!mendidih hati aku saat melihat satu profile didalam Facebook yg direka khas untuk mengutuk kekasih teragung..Nabi Muhammad s.a.w..



Profile inilah yg menyebabkan dadaku sebak...hati menangis..seorang yg diutuskan oleh Allah untuk memberi rahmat dilabelkan sbg utusan syaitan!sedarlah wahai laknatullah!!tanpa dirinya nescaya kau x akan kenal dunia ni..kerana dunia ini diciptakan adalah kerana dirinya!ini hnyalah salah satu drpd profile2 yg menghina Baginda..ada byk lagi yg perlu kita selidik dan siasati..tetapi..hati ini lebih sedih..kerana ramai insan bernama islam yg tidak prihatin dgn mslh ini..sedarlah sahabat seamagku..Nabi Muhammad terlalu syg akan ummatnya iaitu kita semua..tapi..dimana kita saat Nabi diperlakukan sebegini rupa!dimana kehebatan kita yg sebelum ini kita bangga2kan dgn menyatakan kononnya kita cinta kpd Baginda..kononnya akulah yg menghidupkan sunnah nabi..kononnya akulah yg betul membawa ajaran rasul..org lain salah..org lain buat perkara bidaah..bila ada majlis memperingati nabi..haa itu bidaah!sesat!tp bila berlaku bidaah yg paling besar ini iaitu Nabi dihina dimana letaknya kehebatan kamu itu??

Ya Rasulullah..Ampunkan kami..maafkan kami..kami ummatmu yg tidak berdaya..tidak mampu berbuat apa2 disaat kau di hina..sedangkan kau sentiasa mendahului ummat mu dlm segala perkara..
Ya Allah..ampuni dosa kami..kami hanya berdiam diri disaat kekasih mu dicerca dan dihina..disaat Baginda dilabelkan dgn pelbagai label..kami hnya mampu memandang dgn pandangan sepi sedang mereka bergembira bertepuk tangan...

Sahabat2..ayuh kita bangkit bersama mempertahankan Baginda..bersama mengamalkan sunnah baginda..biar disaat Nabi dihentam tubuh badan kita yg menjadi perisai kepada perjuangan Baginda s.a.w!!
"Sesengguhnya pada tubuh badan Baginda itu contoh ikutan terbaik"

Khamis, 8 April 2010

Aku menunggu dirimu..

Bismillahirrahmanirrahim...
haha..skit hati dan badanku menunggu dirimu..haish..aku menunggu tanpa kepastian..tanpa arah tujuan..kau memberi harapan..tanpa pernah memberi jawapan..saban waktu dan ketika..aku ternanti2..seolah doreamon menanti telinganya tumbuh kembali..bilakah penantian penuh penyeksaan ini berakhir???



Daaaaan............


tulisan ini ku tujukan pada ust Abd Aziz..penghuni 403..dah berbulan2 aku tunggu..katanya malam ni..tp...dan2 2 gak..die buleh layan main PES '10(satu permainan yg menyeronokkan tp kdg2 menyakitkan hati dan jari..hahah)..ni sume sbb beliau berjumpa makhluk bernama Ainuddin..leh plak die org layan ber'game2'..sakit badan aku ni ha menunggu nk kena urut..dahla semalam x leh tido..tp..akhirnye Ust Aziz da panggil..heeeeeeeeee..nak g mengurut..bye kwn2..


Selamat Malam Sahabat2!

Al-Fatihah buat Din Beramboi..CUMA...

Bismillahirrahmanirrahim...
Baru2 ni dunia seni kt mesia kehilangan permata komedi terhebat..allahyarham din beramboi..kehilangan yg dirasai dan org ramai akan merindui jenakanya..maaf lambat mengucapkan takziah..semoga rohnya dicucuri rahmat..dan disebalik kehilangan ni..adela hamba allah 2..buleh lak die wt kanyataan Al-Fuck kpd allahyarham..yg sudah 2 sudahla..keburukan org yg sudah pergi jgn disebut..dan Alhamdulillah ramai yg membela allahyarham..cuma..yg memusykilkan diri ni ialah..kenapa bile ad artis dikutuk ramai yg membela?sehingga create fan tuk hentam org yg kutuk 2..sdgkan bila ad yg mengeluarkan kenyataan menghina isteri kesayangan BAginda s.a.w dgn mengatakan Siti Khadijah r.a "tua nk mampos"..na'uzubillah..xde org pon yg dtg membela isteri Baginda..Xde pon yg sggup nk buat itu dan ini..kalau ade pon 2 3 kerat je..Mana syg kita pd Ahli keluarga Baginda??sy x marah kpd yg membela artis yg dikutuk..malah sy turut marah kpd yg menghina Allahyarham kerana Allahyarham seagama dan sebangsa dgn sy..tp..mane yg lbh penting??tepuk dahi dan fikir baik2..kita xakn hidup atas dunia ni melainkan kerana Nabi Muhammad s.a.w..tpi bila org paling disayangi nabi dicerca apa yg kita wt??

Dan..

Kebelakangan ni kita tgk..semakin ramai sudah hilang rasa hormat kpd ulama..ulama di caci dan di maki..tidak kira di mana2..baik di facebook atau sbgnya..gambar2 ulama direka dgn pelbagai bentuk..Mana Adab kita kepada mereka yg dilabelkan olah Nabi sendiri sbg pewaris perjuangan Baginda..Ulama itu pewaris nabi..contohnyaTuan Guru Nik Abd Aziz dan Tuan Guru Abd Hadi Awang..dihina dan dicaci..sy bukan menulis kerana sentimen kepartian..tetapi sedih kerana golongan yg cerdik pandai dlm bidang agama ini di hina dan dihantam!..jgn kerana Mulut BUSUK kita ,turunnya murka Allah..Jgn terjadi lagi Tsunami..kelak kita yg masih terlena mengelebah macam doreamon jumpa tikus..hormatilah mereka yg berilmu agama..tidak salah menegur..tp menegur mestilah dgn beradab..Apa2 pun..kita kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w..jadikanlah ulama sbg ikon dlm kehidupan kita..

"Jika kamu mahukan tazkirah,cukuplah mati sbg peringatan!"

Rabu, 7 April 2010

Ayyuhal Walad(wahai anakku yang tercinta) Siri 3

Wasiat ketiga:
Ilmu Itu Tidak Bermanfaat Kecuali Bila Sudah Diamalkan
Berkata Al-Ghazali r.a..
Wahai anakku yg tercinta;
Janganlah engkau jadi orang yg bankrup pd amalnya dan janganlah engkau jadikan dirimu itu kosong drpd perkara yg berfaedah dan yakinlah bahawasanya hanya dgn ilmu itu belum dapat menjamin keselamatanmu di hari pembalasan nanti.

Diibaratkan..Kalau seseorang ada memiliki 10 bilah pedang yg sgt tajam dan juga bermacam-macam senjata yg lain lagi dan dia pula adalah seorang yg berani dan sgt handal dlm peperangan,lalu seekor singa yg sgt garang datang dan menyerangnya.Maka pada pendapat kamu apakah dgn hanya memiliki segala senjata tadi tanpa menggunakannya sudah cukup untuk menangkis serangan singa tersebut?Sudah tentu tidak!Segala senjata itu memberi manfaat apabila ianya digunakan oleh pemilik senjata itu.Maka begitulah halnya seseorang yg telah mengetahui ratusan ribu masalah ilmu tetapi dia tidak beramal dgnnya,maka segala ilmunya tidak akan bermanfaat secuali selepas diamalkan.Begitu juga halnya dgn seorang yang diserang sakit demam panas dan sakit kuning dan lazimnya dia dinasihatkan meminum ubat sekanjabin dan kaskap,maka tidak akan berhasil kesembuhannya kecuali dgn meminum ubat itu.
Dalam hal ini disebutkan suatu syair dalam bahasa Parsi yg bermaksud:
"Seandainya engkau menimbang 2000 kati arak,maka engkau tidak akan mabuk sehingga engkau meminumnya."
Jadi jika benar engkau belajar ilmu selama 100 tahun dan engkau mengumpulkan 1000 buah kitab maka engkau masih belum layak mendapat rahmat Allah taala kecuali dgn beramal dgn ilmu itu.
Allah s.w.t berfirman yg bermaksud:
"Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapat sesuatu,kecuali apa yg diusahakannya."
Surah An Najm: 39
Dan firmanNya lagi yg bermaksud:
"Maka sesiapa yg mengharap akan bertemu tuhannay,maka hendaklah dia beramal dgn amalan yg soleh."
Surah Al Kahfi: 110

Dan Allah berfirman lagi yg bermaksud:"(Balasan yg diberikan kepada mereka itu)adalah sebagai balasan bg amal yg telah mereka kerjakan."
Dan firmanNYA lagi yg bermaksud:"Sesungguhnya orang2 yg beriman dan beramal soleh adalah syurga "Jannatul Firdaus" itu sbg tempat tinggal mereka.Mereka kekal di dlmnya dan mereka sudah tidak mahu lagi mencari tempat yg lain drpdnya sbg gantinya."
Al Kahfi: 107-108


Dan firmanNYA lagi yg bermaksud:"Kecuali (maknanya tidak masuk neraka) orang yg bertaubat dan beriman serta beramal dgn amalan soleh."

Apabila engkau tidak beramal dgn ilmu maka jawapanmu terhadap hadis di bawah ini:
Maksudnya; "Dibina Islam itu diatas 5 perkara:penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya nabi Muhammad itu pesuruh Allah,mendirikan solat,mengeluarkan zakat.berpuasa dibulan Ramadhan,mengerjakan haji ke Baitullah bg mereka yg mampu pergi ke sana(Baitullah)."
Maka iman itu ialah beriqrar dgn lidah,membenarkan dgn hati dan beramal dgn anggota.
Dan dalil yang menuntut kita supaya beramal itu sgt banyak sekali sehingga tidak dapat dihitung.Walaupun seorang hamba itu akan masuk syurga hanya dgn rahmat dan kemurahan Allah,namun rahmat dan kemurahan ini dapat setelah seseorang hamba itu mempersiapkan diri dgn ketaatan dan ibadat,kerana rahmat Allah itu dekat kpd hamba2NYA yg berbuat baik.

Seandainya ada orang berkata:
Masuk syurga itu hanya dgn semata2 beriman(i'tiqad Ahli sunnah Wal jamaah).
Maka kami menjawab..Memang begitu,tetapi bilakah seseorang itu dapat samapi ke sana dgn selamat(masuk syurga) dan berapa banyak halangan dan dugaan yg besar2 yg mesti dilaluinya sblm saampai ke sana.
Maka dugaan pertama yg mesti dilaluinya ialah dugaan iman itu sendiri,apakah dia pasti selamat drpd tercabut iman sehingga ke akhir hayatnya?Dan apabila dia telah mati dlm keadaan beriman,maka apakah telah pasti pula bahawa dia tidak muflis atau rugi.


To be continued...

Isnin, 5 April 2010

Semakin ramai yg pergi meninggalkan diriku....


Bulan ni je kt mesir dah 2 org student mesia dijemput ilahi..Innalillah..first lbh kurang 3 mggu lepas..seorg student medic tnh 1 Universiti Tanta meninggal dunia di Alexendria kerana terjatuh drpd tingkat 4 sebuah bangunan di sana..mangsa meninggal dunia ditempat kejadian kerana pendarahan yg teruk dikepala..dan semalam..seorang mahasiswa Al-azhar jurusan Bahasa Arab berasal drpd Perak Muhd Hafizul Husna pergi menghadap ilahi akibat kemalangan jln rye antara motosikal yg dinaikinya dgn sebuah kereta yg dipandu oleh pak Arab..menurut laporan..kereta itu meluncur dgn laju skitar 120 km/j menabrak belakang motosikal yg ditunggang Allahyarham..berita ini ana terime ketika berada dimasjid Al-Azhar untuk menghadiri kelas taffaquh bersama sheikh Jamal Farouk..kedue2 student di disemadikan di bumi anbiya' ni..bile dgr je brite ni..hati jd takut dan sayu..takut dijemput sang Pencipta dlm diri msih terlena..allah..bnenarla jnji allah..setiap yg dberikan nyawa pasti ditarik balik..semlm juga dunia keilmuan kehilangan seorang ulama..min kibaril ulama..Beliau ialah Habib Abdul Kadir As-Saqaf..menetap di Madinah Al-Munawwarah..Kehilangan beliau amat dirasai oleh para pencinta ilmu..semoga dgn pemergian beliau akan menumbuhkan 100 bakal ulama yg memperjuangkan Islam..amiin..semoga Allah merahmati dan menempatkan mereka bersama para anbiya' dan solihin..dan semoga Allah menetapkan hati kita didalam keimanan dan ketaqwaan..amiin..

Al-Fatihah..

Sabtu, 3 April 2010

SEBELUM AKU TIDOQ

Assalamualaikum..

LETIH:hari ni memang letih..dari pg smpai lee ke ptg x behenti hari ni..ape pun diri terase seronak bile bersama dgn sahabat2 hari ini(3/4/2010)..seronok dpt sahabat baru..seronok dpt pengalaman baru..n plg best seronok dpt berkongsi sedikit ilmu yg Allah anugerahkan dgn sahabat2..syukran cz sahabat2 sudi mendengar celoteh AL-Faqir..diri ini bukan yg terbaik tp 2 la yg terbaik yg mampu AL-Faqir buat..sebarang kekurangan harapla dimaafkan(maafkan tau..lempang korg kang!)haha..gurau2..
ok2..den pon da mengantuk ni haa..jd sblm tidoq jom kte muhasabah diri..same2 memaafkan org lain..moga2 org lain memaafkan kite..semoga Allah memberi ruang untuk kite bertemu kembali..
akhir kalam..akhiri hari anda dgn senyuman paling manis anda berikan...
Wassalam....

Jumaat, 2 April 2010

Bittaufiq wannajah!!


Assalamualaikum w.b.t..
Salam imtihan buat sahabat2 yg berada di Malaysia..dengar katenye dah start final exam..dan ade jgk yg dah habis..syoknyeee cuti..tp xpelah kpd shbt2 yg masih berjuang 2..Al-Faqir mengucapkan selamat berjaya didalam peperiksaan yg menjelma..jadikan peperiksaan sbg satu medan untuk kita menguji sejauh mana anugerah yg dikurniakan Allah..bukan tujuan kita belajar untuk peperiksaan semate2..tp jadikan exam itu sbg wasilah mencapai redha ilahi..juga wt ahli bait 301 ni..yg nk exam hari ahad ni..dan sahabat2 di ardhu kinanah..banyakkan berdoa dan bermunajat..lau stress 2 byakkan minum air yee..semoga maju jaya..Allahumma ja'alna minalmumtazin walmutafawwiqin..amiin

Ayyuhal Walad(Wahai Anakku Yang Tercinta) Siri 2


Wasiat Pertama:
Waktu itu kehidupan
Berkata Al-ghazali r.a...
Wahai anakku tercinta;
Sebahagian nasihat Rasulullah s.a.w kepada umatnya ialah;
"Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala daripada seseorang hamba apabila dia sentiasa mengerjakan perkara yang tidak berfaedah.Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya tekah digunakan pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya(iaitu beribadat kepada Ilahi)maka layaklah akan panjang penyesalannya(pada hari pembalasan nanti)dan siapa yg umurnya lebih daripada 40 tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah dia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka"
Sebenarnya sekadar ini cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang berilmu.


Wasiat Kedua:
Bagaimana Sepatutnya Kita Menerima Nasihat
Berkata Al-Ghazali r.a...
Wahai anakku tercinta;
Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja dan yang berat ialah menerima isi nasihat tersebut kerana setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi mereka yang mengikut hawa nafsunya.Nafsu sangat mencintai perkara2 yang dilarang apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu yang rasmi(maksudnya mencari ilmu supaya mendapat sesuatu gelaran rasmi)serta sentiasa sibuk untuk menonjolkan kehebatan diri dan menghimpunkan kesenangan dunia,kerana orang yg seperti ini biasanya menganggap dengan sekadar memperolehi ilmu itu sudah cukup menjadi sebab keselamatannya dan sebab kebahagiaannya maka dia tidak perlu beramal dgn ilmu yg dipelajarinye.Mereka yg seperti ini hakikatnya telah terpengaruh dgn i'tiqad dan pemikiran ahli falsafah(sekular,liberal dll).Subhanallah,alangkah kelirunya pemikiran yg seperti ini.Bukankah dia telah mengetahui bahawasanya individu itu apabila telah dapat menghasilkan ilmu kemudian dia tidak beramal dgn ilmu yg telah diketahuinya itu,kelak diakhirat nanti dia akan disoal dgn soalan yg lebih berat lagi drpd orang yg tidak mengetahui.seperti yg diriwayatkan didalam hadis Rasulullah s.a.w.:
"Orang yg paling pedih azabnya di hari pembalasan nanti ialah seorang alim(berilmu) yang tidak memberi manfaat akan dia olah Allah dan ilmunya."
Dan diriwayatkan drpd Imam Al Junaid Al Baghdadi Qaddasallahu Sirahu bahawa ada seorang yg telah bermimpi bertemu beliau diwaktu tidur selepas kematian beliau.Lalu orang ini bertanya dengan berkata "apa khabar kamu wahai Abu Al Qasim(Al Junaidi Al Baghdadi)".Lalu Imam Al Junaidi menjawab "Sebenarnya telah hilang segala ilmu yg zahir dan juga tekah hilang ilmu yg batin.Dan sudah tidak ada lagi yang bermanfaat kecuali hanya beberapa rakaat yg sempat kami lakukan di tengah malam.

p/s: hadis tidak dpt ditulis dlm bahase arab kerana pd yg digunakan xde program bahase arab..sekian harap maklum..heeeeeeee..


Khamis, 1 April 2010

Ayyuhal Walad(Wahai anakku yang tercinta) SIRI 1


Bismillah..
Segala puji bg Allah tuhan sekian alam,yg memerintah dgn kekuasaan-Nya,mencampakkan kekuatan kepada pemuda2 yg menginfaqkan dirinya kepada sang pencipta.
Selawat dan salam keatas junjungan mulia,kekasih tercinta,Muhammad s.a.w penghulu segala nabi dan rasul,yg diciptakan dunia ini kerananya.
Alhamdulillah Allah beri kekuatan kpd diri ini untuk membantu sahabat2 dan remaja yg lain.Walaupun usaha ini ibarat seekor burung yg cuba membantu memadamkan api yg membakar nabi Allah Ibrahim..moga2 ianya dapat membantu diri ini bila berhadapan Rabbul Jalil..Insyaalah A-Faqir akan menulis terjemahan kpd kitab Ayyuhal Walad..kitab yg ditulis oleh Hujjatul Islam Al-'alamah Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali ataupun dgn panggilan masyhurnya Imam Al-Ghazali Rodhiallahu'an..Beliau juga mengarang kitab-kitab yg muktabar(hebat) seperti Ihya 'ulumid Din.Kitab Ayyuhal Walad ini pada asalnya dikarang oleh Imam Al-Ghazali di dalam bahasa Parsi,kemudian kitab ini diterjemah oleh para ulama kedalam bahasa Arab.
Sejarah ternukilnya kitab ini apabila Imam Al-Ghazali menjawab kepada sepucuk surat yg dihantar oleh seorang muridnya yg sangat menyayangi beliau.Murid itu meminta Imam r.a agar menulis kepadanya sepucuk surat sbg satu nasihat khusus kpd beliau.Lalu Imam r.a dgn bermurah hati menjawab surat anak muridnya tadi dan memberikan kepadanya beberapa nasihat yg begitu bernilai.
Kitab ini mengandungi 25 nasihat khusus kepada pemuda2 Islam dan insyaallah Al-Faqir akan menukilkan kembali didlm blog ini secara bersiri.
Semoga Allah memberikan maqam yg terpuji kepada Imam Al-Ghazali r.a dan juga kepada seluruh umat islam.Amiin.

Muqaddimah Kalam Berhikmah

Wahai anakku tercinta dan kekasih yg mulai,semoga Allah Taala memanjangkan hayatmu dalam bernuat ketaatan kpdNya dan semoga Allah Taala memudahkan bagimu untuk megikuti jalan para kekasihNya a.s.
Ketahuilah olehmu apa jua skop nasihat itu adalah berasal dari sumber kenabian(membawa maksud sunnah Baginda s.a.w).Oleh kerana itu,apabila telah sampai kepadamu suatu nasihat yg datang dari sumber ini maka apa perlunya lagi engkau kepada nasihat saya.dan apabila belum tiba kepadamu suatu nasihat daripada sumber ini maka sebenarnya ilmu apa yang telah engkau pelajari selama ini?

To be continued..

kepok2!!


waa..rindunya daku akan keropok lekor itu..rinduku juga kepada tanah air tercinta..lg indah andai tanah bertuah itu berjalan di bawah tangan para ulama'..amiiin..
haha..semalam tibe2 jeee rindu kt kepok gote(loghat ganu tuh)..ataupun dlm bahase standart KL nye keropok lekor..dan2 time tengah rindu kt kepok gote @ lekor 2..adala pulak hambe Allah 2..bermurah hati nk bgi keropok lekor..uih..memang mcm org skit perut di sorongkan tandas..muahaha..mmg kebuluq da ni..tapiiiiiii..
kate nk bg pg ni..
"besok pg2 ust ambik ye"kate beliau itu..
dan sekarang waktu di mesir dah 12.30 pm(waktu bosnia?wallahuaalam) perut ku masih belum di isi oleh itu keropok..waaaaaa..keroppoooook!!!