rss
email
twitter
facebook

assalamualaikum..

ceriakan harimu bersama nukilanku..

Khamis, 1 April 2010

Ayyuhal Walad(Wahai anakku yang tercinta) SIRI 1


Bismillah..
Segala puji bg Allah tuhan sekian alam,yg memerintah dgn kekuasaan-Nya,mencampakkan kekuatan kepada pemuda2 yg menginfaqkan dirinya kepada sang pencipta.
Selawat dan salam keatas junjungan mulia,kekasih tercinta,Muhammad s.a.w penghulu segala nabi dan rasul,yg diciptakan dunia ini kerananya.
Alhamdulillah Allah beri kekuatan kpd diri ini untuk membantu sahabat2 dan remaja yg lain.Walaupun usaha ini ibarat seekor burung yg cuba membantu memadamkan api yg membakar nabi Allah Ibrahim..moga2 ianya dapat membantu diri ini bila berhadapan Rabbul Jalil..Insyaalah A-Faqir akan menulis terjemahan kpd kitab Ayyuhal Walad..kitab yg ditulis oleh Hujjatul Islam Al-'alamah Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali ataupun dgn panggilan masyhurnya Imam Al-Ghazali Rodhiallahu'an..Beliau juga mengarang kitab-kitab yg muktabar(hebat) seperti Ihya 'ulumid Din.Kitab Ayyuhal Walad ini pada asalnya dikarang oleh Imam Al-Ghazali di dalam bahasa Parsi,kemudian kitab ini diterjemah oleh para ulama kedalam bahasa Arab.
Sejarah ternukilnya kitab ini apabila Imam Al-Ghazali menjawab kepada sepucuk surat yg dihantar oleh seorang muridnya yg sangat menyayangi beliau.Murid itu meminta Imam r.a agar menulis kepadanya sepucuk surat sbg satu nasihat khusus kpd beliau.Lalu Imam r.a dgn bermurah hati menjawab surat anak muridnya tadi dan memberikan kepadanya beberapa nasihat yg begitu bernilai.
Kitab ini mengandungi 25 nasihat khusus kepada pemuda2 Islam dan insyaallah Al-Faqir akan menukilkan kembali didlm blog ini secara bersiri.
Semoga Allah memberikan maqam yg terpuji kepada Imam Al-Ghazali r.a dan juga kepada seluruh umat islam.Amiin.

Muqaddimah Kalam Berhikmah

Wahai anakku tercinta dan kekasih yg mulai,semoga Allah Taala memanjangkan hayatmu dalam bernuat ketaatan kpdNya dan semoga Allah Taala memudahkan bagimu untuk megikuti jalan para kekasihNya a.s.
Ketahuilah olehmu apa jua skop nasihat itu adalah berasal dari sumber kenabian(membawa maksud sunnah Baginda s.a.w).Oleh kerana itu,apabila telah sampai kepadamu suatu nasihat yg datang dari sumber ini maka apa perlunya lagi engkau kepada nasihat saya.dan apabila belum tiba kepadamu suatu nasihat daripada sumber ini maka sebenarnya ilmu apa yang telah engkau pelajari selama ini?

To be continued..

2 ulasan:

Sundawi berkata...

ulasannya bagus..
semoga bisa diselesaikan :)
jazakallahu khairan katsiroo

Fathul berkata...

lanjutkan

Catat Ulasan