rss
email
twitter
facebook

assalamualaikum..

ceriakan harimu bersama nukilanku..

Jumaat, 2 April 2010

Ayyuhal Walad(Wahai Anakku Yang Tercinta) Siri 2


Wasiat Pertama:
Waktu itu kehidupan
Berkata Al-ghazali r.a...
Wahai anakku tercinta;
Sebahagian nasihat Rasulullah s.a.w kepada umatnya ialah;
"Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala daripada seseorang hamba apabila dia sentiasa mengerjakan perkara yang tidak berfaedah.Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya tekah digunakan pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya(iaitu beribadat kepada Ilahi)maka layaklah akan panjang penyesalannya(pada hari pembalasan nanti)dan siapa yg umurnya lebih daripada 40 tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah dia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka"
Sebenarnya sekadar ini cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang berilmu.


Wasiat Kedua:
Bagaimana Sepatutnya Kita Menerima Nasihat
Berkata Al-Ghazali r.a...
Wahai anakku tercinta;
Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja dan yang berat ialah menerima isi nasihat tersebut kerana setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi mereka yang mengikut hawa nafsunya.Nafsu sangat mencintai perkara2 yang dilarang apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu yang rasmi(maksudnya mencari ilmu supaya mendapat sesuatu gelaran rasmi)serta sentiasa sibuk untuk menonjolkan kehebatan diri dan menghimpunkan kesenangan dunia,kerana orang yg seperti ini biasanya menganggap dengan sekadar memperolehi ilmu itu sudah cukup menjadi sebab keselamatannya dan sebab kebahagiaannya maka dia tidak perlu beramal dgn ilmu yg dipelajarinye.Mereka yg seperti ini hakikatnya telah terpengaruh dgn i'tiqad dan pemikiran ahli falsafah(sekular,liberal dll).Subhanallah,alangkah kelirunya pemikiran yg seperti ini.Bukankah dia telah mengetahui bahawasanya individu itu apabila telah dapat menghasilkan ilmu kemudian dia tidak beramal dgn ilmu yg telah diketahuinya itu,kelak diakhirat nanti dia akan disoal dgn soalan yg lebih berat lagi drpd orang yg tidak mengetahui.seperti yg diriwayatkan didalam hadis Rasulullah s.a.w.:
"Orang yg paling pedih azabnya di hari pembalasan nanti ialah seorang alim(berilmu) yang tidak memberi manfaat akan dia olah Allah dan ilmunya."
Dan diriwayatkan drpd Imam Al Junaid Al Baghdadi Qaddasallahu Sirahu bahawa ada seorang yg telah bermimpi bertemu beliau diwaktu tidur selepas kematian beliau.Lalu orang ini bertanya dengan berkata "apa khabar kamu wahai Abu Al Qasim(Al Junaidi Al Baghdadi)".Lalu Imam Al Junaidi menjawab "Sebenarnya telah hilang segala ilmu yg zahir dan juga tekah hilang ilmu yg batin.Dan sudah tidak ada lagi yang bermanfaat kecuali hanya beberapa rakaat yg sempat kami lakukan di tengah malam.

p/s: hadis tidak dpt ditulis dlm bahase arab kerana pd yg digunakan xde program bahase arab..sekian harap maklum..heeeeeeee..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan