rss
email
twitter
facebook

assalamualaikum..

ceriakan harimu bersama nukilanku..

Isnin, 19 April 2010

Ayyuhal Walad(wahai anakku yg tercinta) siri 4

Wasiat keempat:
Kadar Balasan Mengikut Kadar Amalan

Berkata imam Al-Ghazali r.a..
Wahai anakku yg tercinta:
Selama mana kamu tidak beramal maka selama itulah kamu tidak memperoleh pahala.
Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki dr kalangan Bani Israil yg telah beribadat selama 70 tahun,lalu Allah Taala mahu menunjukkan keadaannya ini kpd para malaikat,maka Allah mengutuskan kpdnya seorang malaikat yg memberitahu bahawa:Walaupun dia telah beramal ibadat selama 70 tahun namun dia masih belum layak untuk masuk ke dalam syurga.


Apabila malaikat ini selesai memberitahu perkara tersebut lalau dia berkata:Itu bukan urusanku.Saya diciptakan untuk beribadat kepada Allah.Maka itulah kerja yg mesti saya lakukan.Apabila malaikat itu kembali kpd Allah lalu dia berkata: Wahai Tuhanku sesungguhnya engkau Maha Mengetahui apa yg diucapkannya.Lalu Allah Taala berfirman: "Apabila hambaKu tidak berpaling drpd beribadat kpdKu,maka Aku membalasnya dgn kemurahanKu,Aku juga tidak akan berpaling drpdnya.Wahai para malaikatKu bersaksikanlah kamu semua bahawa Aku telah mengampuni segala dosanya.

Dan telah bersabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:
"Hisaplah dirimu sblm kamu dihisab,dan pertimbangkanlah amalanmu sebelum kamu ditimbang."

Dan berkata saidina Ali k.w yg bermaksud:
"Siapa yg menyangka bahawa tanpa usaha dia akan masuk ke dalam syurga maka orang itu hanya berangan-angan sahaja dan siapa yg menyangka bahawa hanya dgn usaha sahaja dia akan masuk ke dalam syurga maka orang itu telah merasa kaya drpd rahmat Allah."

Dan berkata Imam Hasan Al-Basri r.a:
Mencari syurga tanpa amalan adalah satu dosa drpd segala dosa.
Dan beliau berkata lagi:
Tanda faham hakikat ilmu itu ialah meninggalkan memperhatikan pahala suatu amalan,bukan meninggalkan amalan.

Dan Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
"Orang yg bijak itu ialah orang yg sentiasa menghitung dirinya dan beramal untuk kehidupan sesudah kematiannya.Dan orang yg bodoh ialah orang yg selalu memperturutkan kehendak nafsunya dan hanya banyak berangan-angan untuk mendapat kemurahan Allah Taala."

to be continued...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan