rss
email
twitter
facebook

assalamualaikum..

ceriakan harimu bersama nukilanku..

Rabu, 7 April 2010

Ayyuhal Walad(wahai anakku yang tercinta) Siri 3

Wasiat ketiga:
Ilmu Itu Tidak Bermanfaat Kecuali Bila Sudah Diamalkan
Berkata Al-Ghazali r.a..
Wahai anakku yg tercinta;
Janganlah engkau jadi orang yg bankrup pd amalnya dan janganlah engkau jadikan dirimu itu kosong drpd perkara yg berfaedah dan yakinlah bahawasanya hanya dgn ilmu itu belum dapat menjamin keselamatanmu di hari pembalasan nanti.

Diibaratkan..Kalau seseorang ada memiliki 10 bilah pedang yg sgt tajam dan juga bermacam-macam senjata yg lain lagi dan dia pula adalah seorang yg berani dan sgt handal dlm peperangan,lalu seekor singa yg sgt garang datang dan menyerangnya.Maka pada pendapat kamu apakah dgn hanya memiliki segala senjata tadi tanpa menggunakannya sudah cukup untuk menangkis serangan singa tersebut?Sudah tentu tidak!Segala senjata itu memberi manfaat apabila ianya digunakan oleh pemilik senjata itu.Maka begitulah halnya seseorang yg telah mengetahui ratusan ribu masalah ilmu tetapi dia tidak beramal dgnnya,maka segala ilmunya tidak akan bermanfaat secuali selepas diamalkan.Begitu juga halnya dgn seorang yang diserang sakit demam panas dan sakit kuning dan lazimnya dia dinasihatkan meminum ubat sekanjabin dan kaskap,maka tidak akan berhasil kesembuhannya kecuali dgn meminum ubat itu.
Dalam hal ini disebutkan suatu syair dalam bahasa Parsi yg bermaksud:
"Seandainya engkau menimbang 2000 kati arak,maka engkau tidak akan mabuk sehingga engkau meminumnya."
Jadi jika benar engkau belajar ilmu selama 100 tahun dan engkau mengumpulkan 1000 buah kitab maka engkau masih belum layak mendapat rahmat Allah taala kecuali dgn beramal dgn ilmu itu.
Allah s.w.t berfirman yg bermaksud:
"Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapat sesuatu,kecuali apa yg diusahakannya."
Surah An Najm: 39
Dan firmanNya lagi yg bermaksud:
"Maka sesiapa yg mengharap akan bertemu tuhannay,maka hendaklah dia beramal dgn amalan yg soleh."
Surah Al Kahfi: 110

Dan Allah berfirman lagi yg bermaksud:"(Balasan yg diberikan kepada mereka itu)adalah sebagai balasan bg amal yg telah mereka kerjakan."
Dan firmanNYA lagi yg bermaksud:"Sesungguhnya orang2 yg beriman dan beramal soleh adalah syurga "Jannatul Firdaus" itu sbg tempat tinggal mereka.Mereka kekal di dlmnya dan mereka sudah tidak mahu lagi mencari tempat yg lain drpdnya sbg gantinya."
Al Kahfi: 107-108


Dan firmanNYA lagi yg bermaksud:"Kecuali (maknanya tidak masuk neraka) orang yg bertaubat dan beriman serta beramal dgn amalan soleh."

Apabila engkau tidak beramal dgn ilmu maka jawapanmu terhadap hadis di bawah ini:
Maksudnya; "Dibina Islam itu diatas 5 perkara:penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya nabi Muhammad itu pesuruh Allah,mendirikan solat,mengeluarkan zakat.berpuasa dibulan Ramadhan,mengerjakan haji ke Baitullah bg mereka yg mampu pergi ke sana(Baitullah)."
Maka iman itu ialah beriqrar dgn lidah,membenarkan dgn hati dan beramal dgn anggota.
Dan dalil yang menuntut kita supaya beramal itu sgt banyak sekali sehingga tidak dapat dihitung.Walaupun seorang hamba itu akan masuk syurga hanya dgn rahmat dan kemurahan Allah,namun rahmat dan kemurahan ini dapat setelah seseorang hamba itu mempersiapkan diri dgn ketaatan dan ibadat,kerana rahmat Allah itu dekat kpd hamba2NYA yg berbuat baik.

Seandainya ada orang berkata:
Masuk syurga itu hanya dgn semata2 beriman(i'tiqad Ahli sunnah Wal jamaah).
Maka kami menjawab..Memang begitu,tetapi bilakah seseorang itu dapat samapi ke sana dgn selamat(masuk syurga) dan berapa banyak halangan dan dugaan yg besar2 yg mesti dilaluinya sblm saampai ke sana.
Maka dugaan pertama yg mesti dilaluinya ialah dugaan iman itu sendiri,apakah dia pasti selamat drpd tercabut iman sehingga ke akhir hayatnya?Dan apabila dia telah mati dlm keadaan beriman,maka apakah telah pasti pula bahawa dia tidak muflis atau rugi.


To be continued...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan