rss
email
twitter
facebook

assalamualaikum..

ceriakan harimu bersama nukilanku..

Selasa, 11 Mei 2010

Ketika Hati Ber'cinta' Untuk Berimtihan..........



Segla puji bg Allah..Tuhan yg menetapkan sesuatu ketentuan ke atas seluruh hambanya..baik kejayaannya,kegagalannya,jodohnya,ajal mautnya,rezekinya dan lain2..Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w..penghulu insan-insan berjaya di dunia dan akhirat..

Hanya tinggal 10 hari lagi untuk berimtihan...bermula dgn imtihan Syafawi ataupun oral pada 22/5..ujian bagi madah AL-Quran dan Tauhid..disusuli dgn imtihan tahriri ataupun bertulis pada 30/5 hingga 30/6..selama sebulan lamanya..lama tuuuuuuuu...ber'cinta' lah ana nk menghabiskannya..dengan imtihan sebanyak 10 madah..satu kitab pon belum dihabiskan lagi..dengan keyakinan yg belum kunjung tiba..entah boleh atau tidak mengharungi imtihan ini..ya Malaysia Boleh!!Ana je yg sentiasa tidak boleh..huhu..

Allah!! mohon dipermudahkan segala urusan dan kerja...Kuatkanlah hatiku untuk menghadapi imtihan ini..jika sekiranya ujian ini tidak mampuku hadapi masakan ujian yg lebih mencabar mampuku harungi..

Dan sepertimana kebiasaaan,apabila tiba musim peperiksaan..macam2 ragam,macam2 perangai dan reaksi dari individu yg berbeza..tidak terkecuali mahasiswa/wi diperlembahan Nil ini..bagi yg sudah menyediakan kelengkapan untuk menghadapi peperangan ini,cuma tinggal persiapan terakhir untuk memeriksa segala kelengkapan apakah sudah menepati kriteria2 yg ditetapkan sebelum berangkat menunaikan misi yg mendatang..dan bagi yg masih terkapai-kapai mencari titik untuk bangun berjuang..teruskan usaha..masih belum terlambat(khusus untuk diri ana..heeee)..

Juga akan muncul golongan wali yg di 'istilah'kan sbg wali melayu(okla..atleast ada jugak walinye untuk org melayu..huuh)..disaat ini masing-masing sibuk membuat amalan2 yg sepatutnya..tidak cukup dgn Fardhu ditambah pula dgn sunat..kadang2 yg tidak pernah dilakukan sebelum ini pun turut mengisi diari aktiviti harian..tapi tidak mengapalah..kita digalakkan dan diajar oleh para ulama..sentiasa bersangka baik(hussnu dzhan).semoga imtihan yg bakal menjelma menjadi satu titik tolak didalam pentarbiyahan jiwa..sekurang2nya kita masih mampu menghadap Ilahi..cuma berdoalah semoga amal baik ini berterusan hingga keakhir hayat..Amiiiiiiiiiiiin!!!!!

Dan dikesempatan ini juga ana Al-faqir yg lemah lagi hina disisi Allah ini..menertibkan(haha..betul ke??) 10 jari memohon kemaafan drpd sahabt2 yg mengenali mahupun tidak diri ana..dan mohon didoakan bersama kejayaan ana dan juga shbt2 yg lain yg didalam musafir kelana menuju ilahi..

Siiru ala barkatillah..wassalam..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan