rss
email
twitter
facebook

assalamualaikum..

ceriakan harimu bersama nukilanku..

Rabu, 23 Jun 2010

Tanpa Tajuk

Bismillah..
Posting ini tanpa tajuk sebab x terasa nk letak tajuk..huhu..dan x tau nk tulis pasal apa..saje tangan ni terasa gatal nk menaip..
Dua tiga hari ni Mesir panas betul..mencecah 45 darjah celcius..kalau keluar nk imtihan 2..mau pecah kepala ni..pastu pulak tgk ustazah2 pakai jilbab siap gn purdah lagi..uish..terfikir kt hati xpanas ke ustazah2 tu??tapi mungkin ustazah tu dikurniakan Allah dgn kedamaian apabila mengamalkan suruhan agama..sesuatu yg bukan mustahil disisi Allah...

Nak story pasal imtihan..Alhamdulillah lepas habis je madah Hadis tadi tinggallah lagi dua yg aku kena harungi..habis tepat2 30hb nih..huish lambat betul..kawan2 yg lain dah lama habis..punyela jeles den..siap diorang ajak main bola pagi2..kawan baru nk study..dah di ajak ke padang bola..apa lagi..bola jawabnye..haha

then,5 hb Julai ni..den pon bertolaklah pulang ke tanah air..pulang bercuti selama lebih kurang 4 bulan lah jugak..kdg2 nk balik nih takut jgk..sebab2 kwn2 duk citer..walaupun baru setahun belajar kt Al-Azhar As-syarif nih..org mungkin akan pandang..bimbang jgk kalau nk pegang title nih..Bersediakah diriku?acecece..bermonolg dalamanla pulak..tp satu je..hidup ni mana ada yg sentiasa bersedia..bersedia itu x mungkin datang bergolek..perlu ditempuh baru menjelma..

Kepulangan ini juga untuk menjenguk ayahanda dan bonda yg kurang sihat..terasa rindu kepada keduanya..semakin hari semakin tidak sabar untuk mengucup kedua tangan mereka..semoga kepulangan ini mampu mengukir sebuah senyuman di bibir mereka..dan semoga Allah memberikan kesembuhan untuk keduanya..

Dan disebalik kepulangan ini..terselit suatu perkara besar yg perlu dilakukan..yg difikirkan baik untuk diri..dan semoga Allah mempermudahkannya..

akhir sekali..

Malaysia!!!Nantikan kepulanganku!!!!!!!!!!


Salam perjuangan.....

Jumaat, 4 Jun 2010

Ayyuhal Walad(Wahai Anakku Tercinta) Siri 6

Wasiat Kelapan
Ilmu Sahaja Belum Memberi Manfaat Akan Engkau

Berkata Imam Al-Ghazali r.a..
Wahai Anakku yg Tercinta;
Ilmu tanpa amal ialah gila,dan amal tanpa ilmu adalah sia-sia.Dan ketahuilah bahawasanya ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan engkau drpd perbuatan maksiat dan belum mampu mendorong engkau berbuat taat dan tidak akan dapat menjauhkan engkau pada hari kiamat drpd api neraka.Dan apabila engkau tidak beramal dgn ilmu yg ada pada dirimu dan emgkau tidak membuat pembetulan terhadap segala kesalahan yg engkau lakukan pada masa yg lalu,kelak engkau akan berkata pada hari kiamat:

ربنا أبصرنا وسمعنا فارجعنا نعمل صالحا
Maksudnya:
"Wahai tuhan kami!kami telah melihat dan mendengar dgn sejelas-jelasnya (akan segala yg kami ingkari dulu) maka kembalikanlah kami ke dunia untuk beramal soleh"

Lali dikatakan kepada engkau:
Wahai si bodoh!kenapa engkau mahu kembali ke sana sedangkan kamu baru sahaja datang dari sana.


Wasiat Kesembilan
Tinggikan Hemahmu,Lawanlah Nafsumu Dan Buatlah Bekalan Akhirat

Berkata Imam Al-Ghazali..Wahai anakku yg tercinta;
Jadikanlah hemahmu itu dalam meningkatkan rohanimu dan jadikanlah segala kegagalan itu berada di pihak hawa nafsumu.Dan jadikanlah kematian itu hanya pada batang tubuhmu kerana tempat tinggalmu ialah liang kubur dan penghuni kubur sentiasa menanti kedatanganmu pada setiap masa maka janganlah sekali-kali engkau datang kesana tanpa bekalan.


Dan berkata Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a:
"Badan kita itu tidak ubahnya laksana sangkar burung ataupun kandang binatang maka fikirlah baik-baik umtuk dirimu.Dan tentukanlah bagi dirimu yg mana satu di antara dua perumpamaan ini".

"jikalau engkau laksana burung yg terbang tinggi maka ia akan terbang dgn riang gembira apabila mendengar seruan.

ارجعى الى ربك راضية مرضية

Maksudnya:
Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai.

Engkau akan terus terbang tinggi sehingga engkau akan hinggap di puncak pepohon syurga yg tinggi.Ini seperti sabda Rasulullah s.a.w ketika Saad bin Muaz meninggal dunia:

اهتز عرش الرحمن من موت سعد بن معاذ
Ertinya:
Telah bergegar Arasy Allah (kerana kegembiraan) ketika kematian Saad bin Muaz.

Dan mudah-mudahan Allah melindungi engkau drpd menjadi laksana binatang ternak seperti fiman Allah taala:

أولئك كالأنعم بل هم أضل
Maksudnya:
Mereka ini seperti binatang bahkan lebih sesat lagi.

Maka tidak mustahil bahawa engkau berpindah dari alam dunia ke jurang api neraka.

Dan diriwayatkan bahawa Al-imam Hassan Al-Basri r.a diberikan kpd beliau segelas air sejuk,lalu beliau memegang gelas teersebut dan terus sahaja pengsan.Apabila beliau sedar ada yg bertanya,kenapa engkau jautuh pengsan?Beliau menjawab,tadi aku teringat angan-angan ahli neraka,kelak nanti mereka berkata kpd ahli syurga:

أن أفيضوا علينا من الماء أو مما رزقكم الله
Maksudnya:
Limpahkanlah kepada kami sebahagian drpd air yg ada pada kamu atau apa saja makanan dari rezeki yg telah diberikan Allah kpd kamu.


To Be continued.......