rss
email
twitter
facebook

assalamualaikum..

ceriakan harimu bersama nukilanku..

Isnin, 12 April 2010

Alahai Akhowat....

MESIR 12 April - Beberapa minggu lepas, satu kejadian menyayat hati telah berlaku di kaherah mesir. Kejadian tersebut yang melibatkan pelajar perempuan malaysia, dikhabarkan merupakan salah seorang pelajar baru. Pelajar perempuan ini seperti hari-hari biasa selama berada dimesir, menghadiri kelas untuk menadah ilmu. Kebiasaannya akhwat ini ke kelas dengan ditemani rakannya. Sudah suratan Ilahi, pada hari kejadian, beliau entah bagaimana keluar seawal pagi seperti biase tanpa berteman, kawannya telah menawarkan diri untuk menemaninya keluar ke kelas, akan tetapi pagi itu, entah mengapa dia keluar berseorangan, mungkin kerana tidak mahu menyusahkan rakannya. Dia sendiri sebenarnya tidak biasa keluar berseorangan.

Sudah takdir, hari itu dia keluar ke kelas berseorangan, tujuan mulianya untuk menadah ilmu, berhadapan dengan ujian pahit, yang sukar ditelan oleh mana-mana wanita. ketika hendak ke kelas, dia menaiki tremco seperti biasa. Saat menaiki tremco, didalam tremco tersebut penuh dengan penumpang, mejoritinya lelaki (arab). Setibanya tremco tersebut, di satu kawasan mahattah, kesemua penumpang turun. Ini membuatkan pelajar wanita ini berasa tidak selamat. Takutkan apa-apa terjadi, kerana semua penumpang telah turun, dia juga bercadang untuk turun dari tremco tersebut bersama-sama dengan penumpang lain.

Kejadian trajis ini berlaku didalam tramco berkenaan. Saat akhwat ini ingin turun dari tremco tersebut, beserta dengan penumpang lain, dia di tahan dari turun oleh kondaktor tremco terbabit. Bila semua penumpang telah turun, pemandu memecut kenderaanya dan dalam masa sama kondaktor menahan pelajar wanita ini tadi dari keluar. Didalam tremco terbabit hanya tinggal penjahat manusia berwajah syaitan ( pemandu dan kondaktor ) serta mangsa akhwat itu tadi (moga dia dirahmati Allah dan diberi penuh kesabaran dari yang esa).

Saat itu, akhawat ini sedang cuba dicabul oleh pemuka-pemuka syaitan itu tadi. Kondaktor menjalankan kerja jahatnya dengan cuba mencabul kehormatan akhawat tersebut disamping pemandu (rakan kondaktor) meneruskan pemanduannya sambil cover line serta melalui jalan-jalan belok yang tidak ramai orang (untuk mengelak dari dikesan orang ramai akan kerja jahat mereka). Akhawat ini cuba mempertahankan diri dengan cuba menelpone rakannya, tetapi digagalkan oleh kondaktor pemuka syaitan tersebut, hanponenya direntap, dan simkadnya diambil dan dipatahkan oleh kondaktor tadi.

Dia bergelut dengan pemangsa, tetapi apalah kudrat seorang wanita. Dia dicabul dengan tidak berperikemanusiaan oleh pemuka syaitan tadi, Allah masih menjaga akhawat tersebut, kerana dia tidak sempat diperkosa. Tetapi keadaannya ketika itu tetapi menyayat hati. Bajunya disentap hingga koyak, diraba teruk, dalam masa sama, akhawat ini cuba mempertahankan dirinya.

bagaimana akhwat ini dapat selamatkan diri, wallahua'lam. dia tidak menceritakan kejadian pada sesiapa, melainkan pada kawan rapatnya. Ada orang nampak bajunya tercarik-carik, koyak akibat direntap, rambut dah agak terkeluar, macam dah tak terurus.,kerana perbuatan manusia berupa syaitan itu tadi. Akhawat ini dalam keadaan fobia dan troma. Mereka yang terima maklumat tidak bertindak cepat menceritakan kejadian pada pihak sepatutnya mengakibatkan tindakan yang perlu diambil menjadi lewat dan sukar untuk menyelesaikan kes. Hanya setelah seminggu kejadian tersebut berlaku, baru maklumat ini diterima oleh rakannya (mungkin disebabkan mangsa troma)

kasihan pada akhwat ini, moga allah beri kesabaran kepadanya, tentu ada hikmah disebalik kejadian, mungkin janji syurga Allah buat beliau dengan ujian yang diterimanya, kerana Allah itu maha pengasih dan penyayang, cuma Allah menguji kita dengan tahap yang termampu oleh kita sebagai hambanya.

Kejadian seperti ini buat pengajaran kepada yang suka tempah bencana. kalau dah memang kita menjaga tetap juga terkena, tidak pengapalah, kita telah berusaha, ia takdir. Tapi bila bencana itu dicari sendiri, itu namanya sengaja menempah bala. Kepada para mahasiswi di ingatkan agar lebih berhati-hati dijalanan. Ingat jangan mengambil mudah dengan menyebut: " Ye ke kes macam ni ada terjadi dimesir? i tak pernah pun you! You ni saje je nak kecutkan i kan.. tolonglah, janganla nak sempitkan otak, i tak percaya benda macam ni berlaku kat mesir.."

Bagi mereka yang berfikiran seperti diatas. WASPADALAH! telanjur perbuatan tidak terkena tidak mengapa, tetapi TELANJUR terkena musibah adakah boleh berundur? Adakah bila terkena musibah seperti dicabul baru ingin beringat. fikir-fikirkan.

Sumber INFOKINI dan AMINMENULIS

Komen ibnusabri: Wallahu'alam sama ada story ni btui ke x..kalau betul semoga yg menjadi mangsa bersabar dan tabah menghadapi dugaan hidup..kalau salah..jadikan cerita ni sbg pedoman..buang yg KOTOR ambik yg BERSIH..
Tapi..tulah realiti sekarang..dan mengikut cerita org2 lama di Mesir ni..kejadian yg sekutu dgn kejadian ni dah byk berlaku..yg peliknya..kenapa kadang2 masih ramai yg tidak mengambil iktibar..sy tidak berckap kosong..dan memang berlaku..dihadapan mata..ada akhowat yg berani berjalan tanpa teman walaupon diwaktu siang..seolah2 negara ni negara adik dia yg punya..kami yg ikhwah ni pon kdg2 x kondifent bile jumpe gn arab..nikan Akhowat..bukan mahu merendahkan martabat tetapi itulah hakikat yg perlu dikunyah dan ditelan..memang Alhamdulillah akhowat kita dikurniakan dgn kelembutan dan keayuan tapi terkadangkala kelembutan itu memakan diri..dan ana pernah mendengar cerita org lama..ada akhowat yg marah apabila dikenakan peraturan menggunakan musyrif..dgn alasan menjaga tepi kain mereka..haiya..nk jwb ke kenyataan sebegini..??xpyh kot..kang menimbulkan kontroversi..

DAN..

Sedikit pesanan untuk kaum sejenis..
ringan2kanlah kaki anda untuk membantu akhowat kita..jgn kerana ketidakmahuan kita..ada yg menjadi mangsa..kelak kita yg bising akhowat itu dan ini..sedangkan kita berat menghulurkan bantuan..kalau bukan kita sapa lagi??kalau bukan sekarang bile lagi??(ayat pengetua ku)

Kat sini ada beberapa tips untuk akhowat..

  1. sebelum kuar umah..bcela bismillah dlu..jgn sbuk dgn mekap je..heee..
  2. berlatih menjerit,menyepak dan menyepak org(org ye bkn bantal spy nnti sepak org x mcm sepak bantal)
  3. ketika menghadapi kesusahan..jgn lupa gunakan suara dalaman anda untuk menjerit dan meminta tolong..jgn hanya pandai mengeluarkan air mata..kerana air mata ketika itu tidak mampu merubah apa2..
  4. kalau naik teksi atau tremco 2 jgnla pandai2 nk duk kt depan..biar tergadai skit duit..jgn maruah pling berharga melayang di tgn pak arab..
  5. dan last sekali..pakaila musyrif kalau nk berjalan jauh atau pada waktu mlm..dan pastikan yg mempunyai tauliah..heeee
Bg yg berminat untuk mengamalkannya dipersilakan..bg yg x sudi tidak mengapa..berhati2lah ketika berada di negara org..

Renung2kan dan selamat beramal...!!Anda mampu mengubahnya...

3 ulasan:

Lukluk Baidoa berkata...

salam elaik.ana rase cerite cmni sudah basi didengar. sesetengah pihak tu...buat2 dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. xamik pengajaran,xcakna...
ana kek mesia ni tak smpai ag sana..dah geleng pale.. semoga Allah kuatkn hati muslimah tersebut

ibnu sabri berkata...

yup..kdg2 basi..basi 2 yg byak racunnye..yg duk mesia da penin..ys sni?lgila..amiin

'Adani Sanusi berkata...

pernah gak dgr crita camni dari ustaz dan ustazah nga blaja kat mesir. tp xder la tragis sampai cam nih.. rasanya tak kira la kat mesir atau di mana2.. kena lah berhati-hati. tu je kot. syukran kongsikan citer nih.

Catat Ulasan