rss
email
twitter
facebook

assalamualaikum..

ceriakan harimu bersama nukilanku..

Jumaat, 7 Mei 2010

Apabila En Khairi Jalaludin Dan 'Geng2'nya Bersuara lagi...


"Selain ilmu yang tinggi, sebagai orang yang belajar agama, hendaklah kita menghiasi diri dengan akhlak yang terpuji, hindarilah diri dari mencetuskan perbalahan, al-Adawah wal Baghdo’ sesama kita, tidak kiralah di alam maya atau di alam nyata. Saya melihat beberapa komen yang agak melampau dan tidak mencerminkan akhlak seorang pelajar agama. Namun saya tetap bersangka baik, mungkin sebilangan kecil sahaja yang sebegitu. Carilah jalan perdamaian, jalan pertengahan, titik pertemuan untuk kita sama-sama menabur bakti kepada bangsa kita yang masih lagi bercakaran di bumi Malaysia."kata En.Kahiri Jalaludin pegawai JPMK yg disayangi dan disanjungi penduduk Mesir.....

Haish..En Khairi En Khairi..Anda bersuara lagi ye..bagus2..ana kagumi keberanian kamu..tapi syg..ianya keluar melalui pintu gerbang tanpa sepadan ini..Tidak melalui jalan kamu sbg pagawai yg di'HANTAR' oleh kerajaan Malaysia..Apabila dipanggil berdialog..Jangan kata batang hidung..Bayang kereta pun x nampak..

"saya melihat beberapa komen yg agak melampau dan tidak mencerminkan akhlak seorang pelajar agama."

-Satu persoalan...

Didalam satu peristiwa di ARMA Ataupun Asrama Rumah Melayu Abbasiah..didalam satu dialog yg diadakan bersama penghuni..seorang mahasiswa bertanya..Apakah tindakan JPMK @ Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah sekiranya seorang drpd penghuni ARMA tidak makan beberapa hari?

Jawab mereka dgn jawapan yg penuh adat ketimuran..
"Kalau miskin..jgn datang belajar di Mesir!"

Jawapan ini melampau ataupun sopan?


Sape betul LE 10..Hadiah boleh dituntut di pejabat yb En Khairi Jalaludin.....................hahaha


Siapa yg melampau..kami atau anda PEGAWAI JPMK!!!!!!!!!!????

"Ilmu yang diambil dari pembacaan adalah tidak sama dengan ilmu yang diambil secara sanad, secara bertalaqi, secara berdepan dengan Syeikh. Kemungkinan besar ilmu dari pembacaan akan menyebabkan kita salah faham maksud pengarangnya. Oleh itu, saya menyarankan supaya pelajar-pelajar sibukkan diri dengan menadah kitab semaksimum mungkin. Bukan sibuk dengan program Ceramah Pembangkang sebagaimana yang berlaku di Dataran Hayyu Asyir beberapa bulan yang lalu (Nizar Jamaluddin). Peluang keemasan ini sukar hendak didapati apabila pelajar-pelajar telah menempuh di alam pekerjaan. Kita mahu melahirkan ulamak yang berwibawa, ulamak yang betul-betul ulamak, yang mampu membimbing masyarakat kita ke jalan yang lurus."kata En Khairi lagi..

Addoy..En Khairi oi!kami bukan mahasiswa yg tidak tahu berfikir..bukan mahasiswa yg kufur nikmat pemberian akal oleh Allah..Apa salah kami nak dengar ceramah??Mendengar masalah yg berlaku di Malaysia..isu-isu terbaru..huru hara yg dilakukan oleh puak-puak tertentu di Malaysia..Apa ingat kami budak-budak yg duduk dlm sungai ke??tidak boleh ambil peduli masalah bangsa kami...Jangan layan kami seperti budak-budak..!!bimbang anda dilayan seperti kanak-kanak oleh kami..Bukan mahu bercakap besar..tapi kesabaran kami usah di cabar!!jangan mentang-mentang kamu pegawai JPMK..dengan erti kata kami mesti berurusan dgn kamu maka kamu boleh memperkotak-katikkan kami..Kami mendengar untuk berfikir..mencari penyelesaian masalah yg berlaku di Malaysia..

Jadi,pesanan untuk pegawai2 JPMK yg agak 'baik' itu..tidak semua pegawai sebegitu..ana mengakuinya..masih ada pegawai yg menjalankan amanah dgn bertanggungjawab..kerana mahu membantu pelajar-pelajar disini..sudah2lah kamu menyusahkan kami..kelak kamu akan ditanya nanti..Jalankan amanah..bantulah kami sbg musafir ilmu..semoga kita sama2 mendapat berkat..

Segala kekasaran yg dilakukan mohon tidak mendapat kad kuning atau kad merah drpd pengadil..huhuhu

Sekian wassalam.........





Tiada ulasan:

Catat Ulasan