rss
email
twitter
facebook

assalamualaikum..

ceriakan harimu bersama nukilanku..

Jumaat, 4 Jun 2010

Ayyuhal Walad(Wahai Anakku Tercinta) Siri 6

Wasiat Kelapan
Ilmu Sahaja Belum Memberi Manfaat Akan Engkau

Berkata Imam Al-Ghazali r.a..
Wahai Anakku yg Tercinta;
Ilmu tanpa amal ialah gila,dan amal tanpa ilmu adalah sia-sia.Dan ketahuilah bahawasanya ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan engkau drpd perbuatan maksiat dan belum mampu mendorong engkau berbuat taat dan tidak akan dapat menjauhkan engkau pada hari kiamat drpd api neraka.Dan apabila engkau tidak beramal dgn ilmu yg ada pada dirimu dan emgkau tidak membuat pembetulan terhadap segala kesalahan yg engkau lakukan pada masa yg lalu,kelak engkau akan berkata pada hari kiamat:

ربنا أبصرنا وسمعنا فارجعنا نعمل صالحا
Maksudnya:
"Wahai tuhan kami!kami telah melihat dan mendengar dgn sejelas-jelasnya (akan segala yg kami ingkari dulu) maka kembalikanlah kami ke dunia untuk beramal soleh"

Lali dikatakan kepada engkau:
Wahai si bodoh!kenapa engkau mahu kembali ke sana sedangkan kamu baru sahaja datang dari sana.


Wasiat Kesembilan
Tinggikan Hemahmu,Lawanlah Nafsumu Dan Buatlah Bekalan Akhirat

Berkata Imam Al-Ghazali..Wahai anakku yg tercinta;
Jadikanlah hemahmu itu dalam meningkatkan rohanimu dan jadikanlah segala kegagalan itu berada di pihak hawa nafsumu.Dan jadikanlah kematian itu hanya pada batang tubuhmu kerana tempat tinggalmu ialah liang kubur dan penghuni kubur sentiasa menanti kedatanganmu pada setiap masa maka janganlah sekali-kali engkau datang kesana tanpa bekalan.


Dan berkata Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a:
"Badan kita itu tidak ubahnya laksana sangkar burung ataupun kandang binatang maka fikirlah baik-baik umtuk dirimu.Dan tentukanlah bagi dirimu yg mana satu di antara dua perumpamaan ini".

"jikalau engkau laksana burung yg terbang tinggi maka ia akan terbang dgn riang gembira apabila mendengar seruan.

ارجعى الى ربك راضية مرضية

Maksudnya:
Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai.

Engkau akan terus terbang tinggi sehingga engkau akan hinggap di puncak pepohon syurga yg tinggi.Ini seperti sabda Rasulullah s.a.w ketika Saad bin Muaz meninggal dunia:

اهتز عرش الرحمن من موت سعد بن معاذ
Ertinya:
Telah bergegar Arasy Allah (kerana kegembiraan) ketika kematian Saad bin Muaz.

Dan mudah-mudahan Allah melindungi engkau drpd menjadi laksana binatang ternak seperti fiman Allah taala:

أولئك كالأنعم بل هم أضل
Maksudnya:
Mereka ini seperti binatang bahkan lebih sesat lagi.

Maka tidak mustahil bahawa engkau berpindah dari alam dunia ke jurang api neraka.

Dan diriwayatkan bahawa Al-imam Hassan Al-Basri r.a diberikan kpd beliau segelas air sejuk,lalu beliau memegang gelas teersebut dan terus sahaja pengsan.Apabila beliau sedar ada yg bertanya,kenapa engkau jautuh pengsan?Beliau menjawab,tadi aku teringat angan-angan ahli neraka,kelak nanti mereka berkata kpd ahli syurga:

أن أفيضوا علينا من الماء أو مما رزقكم الله
Maksudnya:
Limpahkanlah kepada kami sebahagian drpd air yg ada pada kamu atau apa saja makanan dari rezeki yg telah diberikan Allah kpd kamu.


To Be continued.......

1 ulasan:

Unknown berkata...

mas,mohon terjemahan ayyuhal waladnya ampe kelar donk,q pengen tau semuanya

Catat Ulasan