rss
email
twitter
facebook

assalamualaikum..

ceriakan harimu bersama nukilanku..

Selasa, 27 Julai 2010

salam dari tanah air...

Bismillah...
Alhamdulillah..dah 2 minggu lebih di Malaysia...dan baru hari ini diberikan kesempatan oleh sang empunya alam untuk kembali menulis..ni pon selit2 masa mengajar..
Alhamdulillah setakat ni masa sentiasa penuh walaupun terasa masa dibazirkan begitu sahaja...ganti ayahanda tercinta jadi muazzin di masjid..kuliah setiap hari rabu dan petang pula dipenuhi dgn mengajar di tempat lama.KAFA Integrasi Al-Insaniah..dan untuk Ramadhan pun sudah ada jadual walaupun tidak berapa penuh..hajat di hati mahu jadual itu padat..moga ilmu yg sedikit ini dapat disampaikan walaupun tidak seberapa..namun setakat ini jadual yg penuh cuma hari rabu setiap minggu dan 20/8..semuanya dalam bulan Ramadhan..sekadar itu sahaja untuk kali ini..

wassalam..

Ahad, 4 Julai 2010

Doakan perjalanan pulang saya dan sahabat2..



Bismillah..segala puji bg Allah..Tuhan yg menentukan arah dan tuju hambaNYA..semuanya di bawah kawalan dan kekuasaanNya...Selawat dan slam ke atas junjungan besar..Baginda S.A.W...seluruh ahli keluarga Baginda,para sahabat r.a..dan mereka yg mengikut risalah kenabian ini...
Alhamdulillah..setinggi2 kesyukuran ke hadrat Allah..coz lepas ni dah x payah nk bilang hari lagi..duk lenguh selama sebulan lama nya mengira detik dan waktu..untuk apa?ha itu yg kita nk tahu...uhuh
Untuk pulang ke Malaysia lah..apa lagi..pulang ke tanah air ku tercinta...entah apa yg berubah di Malaysia ya??selepas hampir setahun ditinggalkan..Insyaallah..jam 3.30 petang ini akan bertolak ke lapangan terbang @ airport @ mathor..penerbangan Qatar Airways jam 6.45 petang..sampai di Qatar dan transit di sana selama 10 jam..tepat jam 9.05 pg..insyaAllah akan bertolak ke KLIA dan dijangka sampai tepat jam 9.25 malam(waktu Malaysia)..



hati kadang sayu untuk meninggalkan bumi barakah ini..meninggalkan para masyaikh yg ada..pengajian2 ilmu di sini..pasti terasa rindu untuk menikmati taman syurga ini apabila berada di malaysia kelak..huihui..kang ad x jadi balik..huhu..sedih juga untuk meninggalkan sahabat2 yg banyak membantu ana sepanjang perjalanan musafir ilmu ana di sini..terutama untuk ahli bait baik 502 atau 301 yg banyak membantu..tidak kira apa jua bantuan yg diberikan ana dahulukan dgn ucapan jazakallah..semoga kita semua di bawah rahmatNYA..juga buat sahabat Medic baik di kompleks Asrama Darul Iman mahupun yg menetap di Abbasiah..teruskan perjuangan kalian di dalam exam..perjuangan kalian ana iringi dgn doa dan harapan..moga2 kejayaan bersama semua..



Terima kasih juga buat Keluarga Penuntut2 Terengganu yg mengizinkan ana berjuang bersama mereka di dalam membawa panji2 kebenaran..insyaAllah sekembalinya dari Malaysia..bakti akan terus ditaburkan...


Dan kelmarin..sempat melawat saidina Hussain r.a di masjid Hussain..seorang cucu yg sgt di cintai oleh Baginda..sehinggakan diriwayatkan didalam sebuah hadis..

Maksudnya: Hussien itu daripada ku dan aku drpd Hussien..dicintai Allah barangsiapa yg mencintai Hussien.

Rasa tidak lengkap perjalanan pulang tanpa ,melawat kekasih Allah ini..semoga air mata berlinangan tatkala melawat saidina Hussien menjadi saksi untuk ana kelak..dan semoga saidina Hussien mendoakan keselamatan ana dan sahabat yg lain sepanjang perjalanan kami...

Akhirnya..ana sekali lagi menyusun jari tangan..x cukup tambah jari kaki..memohon ke ampunan kepada sahabat2 yg membaca tulisan ini..doakan perjalanan kami selamat..

p/s:x sabar rasanya ingin menatap wajah ayahanda dan bonda..daku merindui kalian...

Rabu, 23 Jun 2010

Tanpa Tajuk

Bismillah..
Posting ini tanpa tajuk sebab x terasa nk letak tajuk..huhu..dan x tau nk tulis pasal apa..saje tangan ni terasa gatal nk menaip..
Dua tiga hari ni Mesir panas betul..mencecah 45 darjah celcius..kalau keluar nk imtihan 2..mau pecah kepala ni..pastu pulak tgk ustazah2 pakai jilbab siap gn purdah lagi..uish..terfikir kt hati xpanas ke ustazah2 tu??tapi mungkin ustazah tu dikurniakan Allah dgn kedamaian apabila mengamalkan suruhan agama..sesuatu yg bukan mustahil disisi Allah...

Nak story pasal imtihan..Alhamdulillah lepas habis je madah Hadis tadi tinggallah lagi dua yg aku kena harungi..habis tepat2 30hb nih..huish lambat betul..kawan2 yg lain dah lama habis..punyela jeles den..siap diorang ajak main bola pagi2..kawan baru nk study..dah di ajak ke padang bola..apa lagi..bola jawabnye..haha

then,5 hb Julai ni..den pon bertolaklah pulang ke tanah air..pulang bercuti selama lebih kurang 4 bulan lah jugak..kdg2 nk balik nih takut jgk..sebab2 kwn2 duk citer..walaupun baru setahun belajar kt Al-Azhar As-syarif nih..org mungkin akan pandang..bimbang jgk kalau nk pegang title nih..Bersediakah diriku?acecece..bermonolg dalamanla pulak..tp satu je..hidup ni mana ada yg sentiasa bersedia..bersedia itu x mungkin datang bergolek..perlu ditempuh baru menjelma..

Kepulangan ini juga untuk menjenguk ayahanda dan bonda yg kurang sihat..terasa rindu kepada keduanya..semakin hari semakin tidak sabar untuk mengucup kedua tangan mereka..semoga kepulangan ini mampu mengukir sebuah senyuman di bibir mereka..dan semoga Allah memberikan kesembuhan untuk keduanya..

Dan disebalik kepulangan ini..terselit suatu perkara besar yg perlu dilakukan..yg difikirkan baik untuk diri..dan semoga Allah mempermudahkannya..

akhir sekali..

Malaysia!!!Nantikan kepulanganku!!!!!!!!!!


Salam perjuangan.....

Jumaat, 4 Jun 2010

Ayyuhal Walad(Wahai Anakku Tercinta) Siri 6

Wasiat Kelapan
Ilmu Sahaja Belum Memberi Manfaat Akan Engkau

Berkata Imam Al-Ghazali r.a..
Wahai Anakku yg Tercinta;
Ilmu tanpa amal ialah gila,dan amal tanpa ilmu adalah sia-sia.Dan ketahuilah bahawasanya ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan engkau drpd perbuatan maksiat dan belum mampu mendorong engkau berbuat taat dan tidak akan dapat menjauhkan engkau pada hari kiamat drpd api neraka.Dan apabila engkau tidak beramal dgn ilmu yg ada pada dirimu dan emgkau tidak membuat pembetulan terhadap segala kesalahan yg engkau lakukan pada masa yg lalu,kelak engkau akan berkata pada hari kiamat:

ربنا أبصرنا وسمعنا فارجعنا نعمل صالحا
Maksudnya:
"Wahai tuhan kami!kami telah melihat dan mendengar dgn sejelas-jelasnya (akan segala yg kami ingkari dulu) maka kembalikanlah kami ke dunia untuk beramal soleh"

Lali dikatakan kepada engkau:
Wahai si bodoh!kenapa engkau mahu kembali ke sana sedangkan kamu baru sahaja datang dari sana.


Wasiat Kesembilan
Tinggikan Hemahmu,Lawanlah Nafsumu Dan Buatlah Bekalan Akhirat

Berkata Imam Al-Ghazali..Wahai anakku yg tercinta;
Jadikanlah hemahmu itu dalam meningkatkan rohanimu dan jadikanlah segala kegagalan itu berada di pihak hawa nafsumu.Dan jadikanlah kematian itu hanya pada batang tubuhmu kerana tempat tinggalmu ialah liang kubur dan penghuni kubur sentiasa menanti kedatanganmu pada setiap masa maka janganlah sekali-kali engkau datang kesana tanpa bekalan.


Dan berkata Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a:
"Badan kita itu tidak ubahnya laksana sangkar burung ataupun kandang binatang maka fikirlah baik-baik umtuk dirimu.Dan tentukanlah bagi dirimu yg mana satu di antara dua perumpamaan ini".

"jikalau engkau laksana burung yg terbang tinggi maka ia akan terbang dgn riang gembira apabila mendengar seruan.

ارجعى الى ربك راضية مرضية

Maksudnya:
Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai.

Engkau akan terus terbang tinggi sehingga engkau akan hinggap di puncak pepohon syurga yg tinggi.Ini seperti sabda Rasulullah s.a.w ketika Saad bin Muaz meninggal dunia:

اهتز عرش الرحمن من موت سعد بن معاذ
Ertinya:
Telah bergegar Arasy Allah (kerana kegembiraan) ketika kematian Saad bin Muaz.

Dan mudah-mudahan Allah melindungi engkau drpd menjadi laksana binatang ternak seperti fiman Allah taala:

أولئك كالأنعم بل هم أضل
Maksudnya:
Mereka ini seperti binatang bahkan lebih sesat lagi.

Maka tidak mustahil bahawa engkau berpindah dari alam dunia ke jurang api neraka.

Dan diriwayatkan bahawa Al-imam Hassan Al-Basri r.a diberikan kpd beliau segelas air sejuk,lalu beliau memegang gelas teersebut dan terus sahaja pengsan.Apabila beliau sedar ada yg bertanya,kenapa engkau jautuh pengsan?Beliau menjawab,tadi aku teringat angan-angan ahli neraka,kelak nanti mereka berkata kpd ahli syurga:

أن أفيضوا علينا من الماء أو مما رزقكم الله
Maksudnya:
Limpahkanlah kepada kami sebahagian drpd air yg ada pada kamu atau apa saja makanan dari rezeki yg telah diberikan Allah kpd kamu.


To Be continued.......

Isnin, 31 Mei 2010

Air Mata Ku kirimkan Ke Sana....

Bismillah..
saat post ini ditulis..sudah 25 pejuang kembali bertemu Allah dalam senyuman dek haruman syurga yg dihidu saat nyawa dicabut..disamping puluhan lagi yg cedera..mereka yg tiada bersenjata..diserang oleh 'binatang-binatang' bersenjatakan helikopter..membedil mereka yg tidak berdosa..hanya menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza..untuk membantu sahabat2 yg di dalam kesusahan..di Palestin..disana sahabat2 yg dikepung..adik,abang,kakak,ibu dan ayah..mereka bertarung untuk menyambung hidup..

Inilah perangai yahudi..memungkiri janji mereka sendiri...

Palestin PM Haniyeh said: "your blood reached
the shores of Gaza before your aid, and that is the most precious thing
you could have given", This day shall be known henceforth as "Freedom Day" in honor.. We say to the Arabs and Muslims, 4 years of blockade and siege is
enough! Action, not words are needed,Egypt must p...
ermanently open Rafah crossing in response to this crime.

Sahabat2! the time has come..kita sudah tiada masa untuk itu dan ini..perjuangan kita bersama sahabat di sana..syahid mereka telah tiba..sudah masanya untuk kita pula yg merebutnya..Ayuh!!hulurkan doa dan airmata mengiringi perjuangan mereka di sana...lakukan apa yg mampu anda lakukan..sbg bukti anda cintakan saudara2 anda disana..

Dr Abdul Aziz Rantisi pernah berkata:"Mati di tangan Apache(helikopter) dan mati sakit jantung adalah perkara yg sama..kedua2nya mati..dan aku memilih bersedia dgn Apache!!!

اللهم
بدد شملهم, وفرق جمعهم, واقلل عددهم واجعل الدائرة عليهم. اللهم ارسل
العذاب إليهم (اسرائيل). اللهم اخرجهم عن دائرة الحلم واسلبهم مدد الإمهال
وغل ايديهم وارجلهم واربط على قلوبهم ولا تبلغهم الأمال. اللهم مزقهم كل
ممزق مزقته على أعدائك إنتصارا لأنبيائك ورسلك وأوليائك (اللهم انتصرنا
...ولفلسطين انتصارك لأحبابك على أعدائنا وأعداء فلسطين وأعداء الدين


Khamis, 20 Mei 2010

Nikoh doh aku.....

Bismillah..Segala puji bagi Allah yg menyatukan hati dua insan..menetapkan jodoh makhluk2nya..selawat dan salam keatas junjungan Baginda s.a.w..contoh dan tauladan ketua keluarga terbaik...seterusnya sahabat2 Baginda penerus risalah perjuangan Baginda..

Hari ini,tercatat rekod bg Keluarga Penuntu2 Terengganu (KPT),dua insan termuda disatukan dgn satu akad yg menghalalkan tautan antara dua hati..diantara sahabat baik ana Ustaz Ahmad Muzani b Abd Rahman dgn pasangan beliau Ustzh Siti Norul Aini Hasmidar bt Mat Razali..kedua2nya sahabat seperjuangan ana semenjak di SMAASZA sehinggalah bermusafir jauh ke bumi Anbiya' ini...Naik kapal terbang pun sama2..Kedua2nya berumur 20 tahun..disatukan di Dewan Darul Iman Haiyyu Asyier..Dengan sekali lafaz termeterailah perjanjan antara dua insan yg termaktub sejak sekian lama di Luh Mahfuz..seronok ana tengok sahabat ana tu..happy semacam jee..hai bila lah dapat rasa saat2 macam tu ye....hee..di bawah ini ana selitkan gambar2 sekitar majlis akad nikah...

debaran menanti saat bahagia..



Aku terima nikahnya...



tolong doa ke ana sekali..huuh




antara Badan Pengurus PMRAM yg hadir



hadiah kenang-kenangan drpd PMRAM




ana bersama pengantin





mahasiswa tahun satu bersama pengantin


Semoga Ust Muzani dan pasangan dapat melayari bahtera pernikahan ini bersama tiupan angin keimanan dan ketaqwaan berpandukan kehidupan Baginda s.a.w..janganla lupa doakan kami pulak ye...

Sekian..wassalam....

النكاح سنتي فمن لم يعمل بسنتي فليس مني
"sabda Baginda s.a.w:nikah itu sunnahku,barangsiapa yg benci kpd sunnahku maka dia bukan daripada kalangan ku"

pesanan penaja: bilala tuan punye blog punye time ye...

Rabu, 12 Mei 2010

Majulah JUDI untuk negara!!!


Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

S
ehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.
BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Sumber : Malaysiakini


Judi adalah Kawan Arak
[Penjelasan yang perlu dibaca supaya tidak dikatakan membabi buta]


Sekalipun hiburan dan permainan itu dibolehkan oleh Islam, tetapi ia juga mengharamkan setiap permainan yang dicampuri perjudian, iaitu permainan yang tidak terlepas dari untung-rugi yang dialami oleh si pemain. Dan sudah kita sebutkan tentang sabda Nabi yang mengatakan:
"Barangsiapa berkata kepada rakannya mari bermain judi, maka hendaklah ia bersedekah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Oleh karena itu tidak halal seorang muslim menjadikan permainan judi sebagai alat untuk menghibur diri dan mengisi waktu lapang. Begitu juga tidak halal seorang muslim menjadikan permainan judi sebagai alat mencari wang dalam situasi apapun.

Islam, di balik larangannya ini ada terkandung suatu hikmah dan tujuan yang tinggi sekali, yaitu:

1. Hendaknya seorang muslim mengikuti sunnatullah dalam bekerja mencari wang, dan mencarinya dengan dimulai dari pendahuluan-pendahuluannya. Masukilah rumah dari pintu-pintunya; dan tunggulah hasil (musabbab) dari sebab-sebabnya.

Sedang judi --di dalamnya termasuk undian-- dapat menjadikan manusia hanya bergantung kepada pembagian, sedekah dan angan-angan kosong; bukan bergantung kepada usaha, aktiviti dan menghargai cara-cara yang telah ditentukan Allah, serta perintah-perintahNya yang harus dituruti.

2. Islam menjadikan harta manusia sebagai barang berharga yang dilindungi. Oleh karena itu tidak boleh diambilnya begitu saja, kecuali dengan cara tukar-menukar sebagai yang telah disyariatkan, atau dengan jalan hibah dan sedekah. Adapun mengambilnya dengan jalan judi, adalah termasuk makan harta orang lain dengan cara yang batil.

3. Tidak menghairankan, kalau perjudian itu dapat menimbulkan permusuhan dan pergaduhan antara pemain-pemain itu sendiri, kerana nampak dari zahirnya bahawa mereka telah saling merelakan. Sebab bagaimanapun akan selalu ada pihak yang menang dan yang kalah, yang dirampas dan yang merampas. Sedang yang kalah apabila diam, maka diamnya itu penuh kebencian dan hasad dengki. Dia marah karena angan-angannya tidak tercapai. Dia hasad karena taruhannya itu sial. Kalau dia merungut, maka ia memperbodohkan dirinya sendiri karena derita yang dialami dan tangannya yang menaruhkan taruhannya dengan membabi-buta.

4. Kerugiannya itu mendorong pihak yang kalah untuk mengulangi lagi, mungkin dengan ulangan yang kedua itu dapat menutup kerugiannya yang pertama. Sedang yang menang, karena didorong oleh nafsu untuk menang, maka ia tertarik untuk mengulangi lagi. Kemenangannya yang sedikit itu mengajak untuk dapat lebih banyak. Sama sekali dia tidak ada keinginan untuk berhenti. Dan makin berkurang pendapatannya, makin dimabuk oleh kemenangan sehingga dia beralih dari kemegahan kepada suatu kesusahan yang mendebarkan.

Begitulah berkaitnya putaran dalam permainan judi, sehingga hampir kedua putaran ini tidak pernah berpisah. Dan inilah rahsia terjadinya pertumpahan darah antara pemain-pemain judi.

5. Oleh karena itu hobi ini merupakan bahaya yang mengancam masyarakat dan individu.
Hobi ini mensia-siakan waktu dan aktiviti hidup dan menyebabkan si pemain-pemainnya menjadi manusia yang tamak, mereka mahu mengambil hak milik orang tetapi tidak mahu memberi, menghabiskan barang tetapi tidak dapat hasil.

Selamanya pemain judi sibuk dengan permainannya, sehingga lupa akan kewajibannya kepada Tuhan, kewajibannya akan diri, kewajibannya akan keluarga dan kewajibannya akan ummat.

Tidak terlalu jauh kalau orang yang asyik hidangan hijau --menurut istilah yang mereka pergunakan-- itu akan berani menjual agamanya, harga dirinya dan tanah airnya, demi permainan judi. Kecintaannya terhadap hidangan ini akan mencabut kecintaannya terhadap barang lain, atau nilai apapun.

Hidangan ini dapat menaburkan benih permainan judi dengan segala macam cara. Sampai pun tentang harga dirinya, keyakinannya dan bangsanya, akan rela dikorbankan demi terlaksananya pekerjaan yang sia-sia ini.

Betapa benarnya dan indahnya susunan al-Quran yang mengkaitkan arak dan judi ini dalam satu rangkaian ayat dan hukumnya, sebab bahayanya terhadap pribadi, keluarga, tanah air dan moral adalah sama. Pencandu judi sama dengan pencandu arak, bahkan jarang sekali didapat salah satunya raja sedang yang lain tidak.

Betapa benarnya al-Quran yang telah menjelaskan kepada kita, bahawa arak dan judi adalah salah satu daripada perbuatan syaitan; dan kemudian diikutinya dengan menyebut berhala dan azlam serta ditetapkannya kedua hal tersebut sebagai perbuatan yang najis dan harus dijauhi.
Firman Allah:
"Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adalah kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh karena itu jauhilah, supaya kamu beruntung, Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh karena itu apakah kamu mau berhenti?!" (al-Maidah: 90-91)

Apa yang dinamakan undian (yaa nashib), adalah salah satu macam dari macam-macam judi yang ada. Oleh kerana itu tidak patut dipermudah dan dibolehkan permainan tersebut dengan dalih bantuan sosial atau tujuan kemanusiaan.

Orang-orang yang membolehkan undian untuk maksud-maksud di atas, tak ubahnya dengan orang-orang yang mengumpulkan dana untuk tujuan di atas dengan jalan mengadakan tarian haram dan seni haram. Untuk mana kepada mereka kami sampaikan sebuah hadis yang disabdakan Nabi s.a.w.:
"Sesungguhnya Allah itu baik, Ia tidak mau menerima kecuali yang baik." (Riwayat Muslim dan Tarmizi)

Mereka yang berbuat demikian menganggap seolah-olah masyarakat Islam telah kehilangan jiwa sosial, perasaan kasih-sayang dan nilai-nilai kebajikan. Sehingga tidak ada jalan lain untuk mengumpulkan dana, kecuali dengan berjudi dan permainan haram. Islam tidak yakin, bahwa ummatnya akan bersikap demikian. Bahkan lebih yakin akan segi sosialnya terhadap kepada orang lain. Oleh karena itu Islam tidak memakai, melainkan cara yang suci untuk tujuan yang suci. Jalan yang suci itu berupa ajakan untuk berbuat kebajikan, membangkitkan nilai kemanusiaan dan beriman kepada Allah dan hari akhir.


sumber:aminmenulis


Komen IBNUSABRI:inilah akibat apabila yg bukan ahlinya menjadi pemerintah..sesuatu perkara diputuskan tanpa ada rasa sensitviti terhadap agama..sedangkan agama Islam melarang untuk seseorang itu berjudi..dan didalam perlembagaan Malaysia Islam adalah agama rasmi persekutuan..Adakah Islam hanya di dalam perlembagaan??


So,sapa yg duk katai tangan pi pangkah..tanggunglah akibatnye kalau x bertaubat..

Majukan sukan untuk negara!!

Wassalm..............